Sifat ingin tahu dalam kanak-kanak ini memang tinggi. Sebab itu juga lah kita kena selalu pantau mereka untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku.
Bercakap mengenai sifat ingin tahu kanak-kanak ni, min nak kongsikan satu kisah mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang tersangkut kepalanya pada satu lubang di tingkat satu kediaman keluarganya, sehingga kepala kanak-kanak tu kelihatan terkeluar melalui siling jika dilihat daripada tingkat bawah. Hasilnya, seram macam cerita Jepun, Ju-On tu!
Lapor Daily Star, kejadian terbabit berlaku di daerah Puding, Guizhou, China pada lewat Ogos lalu selepas kanak-kanak perempuan yang tidak didedahkan identitinya itu terlihat lubang selebar 8 inci yang dibuat untuk memasang sistem kipas pengudaraan di antara dua aras rumah keluarga terbabit.
Walau bagaimanapun, disebabkan terdorong rasa ingin tahu, kanak-kanak perempuan terbabit telah memasukkan kepalanya melalui lubang terbabit dan mula menyedari sesuatu tidak kena selepas dia gagal meloloskan diri.
Insiden yang menimpa kanak-kanak itu bagaimanapun disedari oleh ibu bapanya yang terkejut apabila terlihat ‘bebola rambut’ muncul pada siling tingkat bawah. Bomba kemudiannya dipanggil ke lokasi bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak malang berkenaan.
Menerusi satu video, bomba yang datang ke rumah terbabit turut terkejut sebaik menemui ‘bebola rambut’ pada siling.
Pada awalnya, bomba mahu menggunakan pliers untuk cuba membesarkan bukaan pada siling terbabit namun tidak berjaya.
Bagaimanapun, proses menyelamatkan kanak-kanak itu membuahkan hasil selepas bomba membuat keputusan menuangkan minyak sayuran pada kepala kanak-kanak itu bagi membebaskannya.
Kanak-kanak terbabit dilaporkan telah dibawa ke hospital dimana dia difahamkan tidak mengalami apa-apa kecederaan.
Sumber: Daily Star
Baca: [Video] Seram! Wanita Cari Kucing Hilang, Rupanya Tengah ‘Main’ Dengan Kelibat Berambut Panjang