Di saat negara-negara di serata dunia sedang perlahan-lahan bergerak ke fasa endemik, di China lain pula ceritanya…
Ekoran peningkatan kes Covid di negara tersebut, beberapa daerah di sana telah bertindak untuk membuat lockdown dan tak benarkan rakyatnya untuk keluar langsung dari rumah.
Baru-baru ini, tular video di media sosial menunjukkan pihak berkuasa di Hebei, China telah menggunakan dawai dan bolt bagi menghalang rakyatnya keluar dari rumah.
Sini pic.twitter.com/ymkP3XVRGa
— Mag (@magmalaya) May 23, 2022
Menurut SCMP, langkah ekstrem ini diambil ekoran Beijing ingin mencapai zero kes Covid dan untuk orang yang tak mahu mengurung diri di rumah secara sukarela.
Bukan tu je, penduduk di sana juga diminta untuk memberikan kunci rumah dorang kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh lockdown supaya pekerja kesihatan di sana boleh kunci penduduk dari luar.
Selepas video ini tular, kerajaan di sana telah membuat siasatan mengenai pendekatan ekstrem yag dibuat oleh sesetengah daerah dan mengatakan yang mereka akan pasang alarm bagi menggantikan cara ini di masa akan datang.
Selain itu, berdasarkan data vaksinasi, pengambilan vaksin dos kedua dan vaksin kanak-kanak juga dilihat sangat rendah. Jadi, kerajaan di sana berkeras dengan policy zero Covid ini bagi mengelakkan tsunami jangkitan yang boleh menyebabkan kematian jutaan rakyatnya.
Korang rasa patut ke kunci pintu sampai macam ni?