Allahuakbar! Tak sangka begitu kejam sekali sikap manusia zaman sekarang, hilang perikemanusiaan hanya kerana ingin ‘menyelamatkan’ diri, sanggup buang bayi yang tak berdosa ini dalam longkang.
Foto menyayat hati yang tersebar di Twitter ini telah mengguris hati warganet apabila melihat 2 mayat bayi dibuang begitu sahaja.
Hasil kegatalan lepas beranak dibuang macam buang sampah celaka lah bapa mamanya selama lamanya”
Perkongsian yang melebih 13,900 retweeet ini membuatkan netizen tak dapat bayangkan tergamaknya si ibu bapa kepada bayi ini melakukan perbuatan sedemikian.
Disebabkan kepentingan diri sendiri dan nafsu serakah, nyawa yang tidak bersalah menjadi mangsa.
Biarpun kurang pasti lokasi kejadian, tapi perbuatan itu tidak sewajarnya dilakukan kerana masih ramai manusia diluar sana memerlukan anak.
Kalau tak nak jangan lah buang, aku nak – Netizen
Rata-rata netizen sedih dan marah bila melihat gambar ini. Kalau diperhatikan ianya seperti bayi yang baru sahaja lahir.
Jadi, kepada ibu di Malaysia yang mengandung anak luar nikah, ada 11 tempat khas untuk selamatkan bayi ini. Nama tempat itu adalah Baby Hatch.
Baby Hatch, pusat menyelamatkan bayi luar nikah di Malaysia
![Eo 5Vepu0Aahpjp](https://lobakmerah.com/wp-content/uploads/2020/01/EO-5VEPU0AAHpjp.jpg)
Hampir satu Malaysia ada tempat ni, dikatakan tempat ni dah selamatkan hampir lebih daripada 100 bayi.
Korang hanya perlu letak baby dalam baby box tu lepastu isi borang sikit lepastu tutup pintu, jangan risau, tiada cctv di luar jadi muka tidak akan dikesan.
Menurut @haneunharumi, katil tu ada censor boleh detect berat bayi tu, nanti ada pekerja ambilkan, dalam baby hatch tu ada small light dengan aircond jadi bayi tu akan selamat dan selesa.
Bila dah letak bayi tu dalam baby hatch, pintu akan automatically lock, sebab nak prevent bayi tu dari diculik.
Tapi, kalau ibu tu letak anak dia dalam baby box tu, pastu tetiba dia rasa nak anak dia balik, boleh je, ibu tu hanya perlu tekan button dekat pintu, nanti ada orang tolong bukak kan pintu tu balik.