in

“Mak bapak kandung jangan sibuk cari!” – Pernah Dibuang Dalam Tong Sampah Masa Bayi, Lelaki Ni Sekarang Jadi Jutawan

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan lambakan bantuan dari pelbagai pihak untuk ibu bapa yang tak mampu jaga anak atau lahirkan anak luar nikah, so tak ada alasan untuk orang buang bayi di tempat-tempat yang tak sepatutnya macam dekat tong sampah, longkang atau tandas awam. Perbuatan ni boleh je dianggap macam cubaan untuk membunuh tau!


Salah seorang mangsa pembuangan bayi adalah lelaki ini. Selepas dia dibuang di dalam tong sampah di Florida sejurus selepas dia dilahirkan pada tahun 1989, dia diselamatkan oleh seorang pejalan kaki yang menghubungi polis selepas penemuan itu.

Menurut The Daily Commercial, bayi itu kemudiannya dihantar ke hospital kerana mengalami beberapa kecederaan ringan sebelum dimasukkan ke sistem penjagaan anak angkat dan menemui ibu bapa angkat yang sangat penyayang, Nathan dan Betty Figgers.

Bagi bayi tersebut, Freddie Figgers yang kini sudah pun berusia 30 tahun, membesar sebagai “bayi kutip” bukanlah mudah. Lagi-lagi bila kawan-kawannya selalu ejek dia dengan nama “bayi tong sampah”.

Dailycomm1

Ia kawasan kecil. So, lepas orang dengar tentang apa yang berlaku, semua orang tahu tentang perkara itu. Ibu bapa saya bagitahu perkara sebenar dan masa kecil ia memang benda yang memalukan.”

Namun, satu kejadian telah merubah hidup lelaki ini. Ketika dia berusia 9 tahun, bapanya telah berikan komputer yang rosak untuk dia main dan ini telah buatkan Freddie jatuh cinta dengan teknologi.

Pada usia 13 tahun, Freddie diupah untuk membaiki komputar dan kerana dia sangat bagus, dia telah membuka syarikat membaiki komputer sendiri di ruang tamu rumah keluarganya.

Espact

Freddie kemudiannya mencipta GPS tracker yang boleh diletakkan di dalam kasut dan menjualnya kepada syarikat lain dengan harga sebanyak $2.2 juta (RM9.1 juta). Wow!

Kini, Freddie mempunyai syarikat telekomunikasi sendiri, Friggers Wireless di Amerika Syarikat dan syarikat tersebut kini mempunyai keuntungan sebanyak $62 juta (RM257 juta).

Freddie kini berterima kasih dengan ibu bapa angkatnya yang sanggup menjaga dan menyokong dia hingga dia boleh berjaya sekarang.

Fuh gempak gila!

 

Baca: “Kalau pandai pilih durian, kau boleh kahwin dengan anak aku & dapat semua harta aku” – Jutawan Durian

Screenshot 2019 12 11 At 3.57.04 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.