in

“Macam bangang je” – Mat Redho Dikritik Bawa Anak Kecil Terjun Rope Swing 60 Meter

Page 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Macam bangang je" - Mat Redho Dikritik Bawa Anak Kecil Terjun Rope Swing 60 Meter
Loading
/

Kat Malaysia ni ada macam-macam jenis aktiviti lasak yang boleh kita buat dengan kawan-kawan and family. Contohnya macam rock climbing, paragliding, water rafting tak pun rope swing. Siapa yang suka aktiviti-aktiviti macam ni memang jiwa kental lah!


Semalam tiba-tiba kecoh kat laman sosial pasal Mat Redho dengan beraninya bawa anak perempuan dia naik satu rope swing kat Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor. Yang orang duk kecoh tu rupanya sebab anak dia baru umur dua tahun. Prihatin betoi netizen ye…

Redddd
sumber: instagram

Kisahnya Mat Redho ni upload video waktu dia terjun rope swing dengan anak sulung dia, Mecca Mikaela kat Instagram. Dari ketinggian 60 meter, video berdurasi 18 saat tu tunjuk Mat Redho terjun tali hayun tu sambil peluk anak dia.

Lepas tengok video tu ramai yang kagum dengan Mecca sebab kecil-kecil lagi dah berani buat aktiviti lasak. Tapi ada juga yang kritik tindakan Mat Redho sebab katanya boleh bahayakan nyawa anak.

Dskdcnw.
sumber: instagram

“Macam bangang je,” kata someone ni kat ruangan komen video tu.

“Kalau dah tak bernyawa anak tu, menyesal tak berguna kau.”

“Kenapa bodoh sangat bawak budak macam tu?” 

Dalam video yang dia muat naik tu sebenarnya Mat Redho dah bagitahu dah kalau anak korang tak ready jangan la kasi diorang main ni. Tapi Mecca tu siap request lagi kat ayah dia nak main benda alah tu. Lepas tu Mecca sebenarnya dah pakai safety harness and gear elok-elok. So korang tak perlu lah bimbang.

Sjl
sumber: instagram

Fuh memang satu family jiwa kental ni! Kalau nak try jugak make sure utamakan keselamatan okay!

Cuba tengok Mecca terjun rope swing dengan ayah dia kat sini:

Sumber: Instagram

Baca: “Kereta mahal boleh beli!” – Netizen Kecam Ibu Guna Raga Sebagai Pengganti Car Seat Anak

Car Seat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.