in

“Maafkan jela mereka-mereka yang hina kita” – 9 Bulan Selepas Pemergian, Ali Puteh Cerita Abam Bocey Muncul Dalam Mimpi

Mimpi Abam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah sembilan bulan berlalu, Ali Puteh iaitu adik kepada Abam Bocey berkata masih ramai yang datang menziarahi kubur abangnya.


Menerusi perkongsiannya di Instagram, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memberitahu yang kasih sayangnya terhadap Abam masih kuat walaupun dia sekeluarga terpaksa menerima macam-macam kecaman netizen semenjak pemergian pelawak itu. 

“Hari ni 10 aribulan… genap 9 bulan pemergianmu abang… kubur masih dilawati org dan sentiasa bersih…”

Menurut Ali lagi, genap sembilan bulan berlalu, semalam abangnya muncul di dalam mimpi dalam keadaan tersenyum. Allah… 

Biar ape org kate org hina pekak kan telinga kerana ape pon terjadi kite tetap adik beradik…

“Mereka tidak tau ape2 perihal kita.. hanya kite sekeluarga yg tau… maaf kan jela mereka2 semua yg hina kita..

“Malam tadi mimpi kau dtg bang jenguk kami… senyum je kau.. semoga tenang disana ye bang…” katanya.

Terdahulu, Ali sekeluarga terpalit dengan kontroversi melibatkan kakak iparnya, Nor Hidayah selepas Abam meninggal dunia pada Februari lalu.

Sejak konflik tersebut mendapat perhatian media, Ali sekeluarga terpaksa berdepan dengan pelbagai kecaman dan hinaan daripada netizen.

Kirimkanlah Al Fatihah dan banyak-banyak doa buat arwah di sana. Amin… 

Baca: “Bertudung itu dah betul dah” – Ali Puteh Sindir Suspek Bunuh Siti Surya?

Ali P

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.