in

“Bertudung itu dah betul dah” – Ali Puteh Sindir Suspek Bunuh Siti Surya?

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Insiden kematian adik Siti Surya telah menyayat hati ramai orang di media sosial, termasuklah dalam kalangan artis yang memberikan luahan kemarahan mereka terhadap suspek yang merupakan kawan sebaya.


Salah seorangnya Ali Puteh, pelawak itu membuat satu luahan menerusi Instagram miliknya terhadap insiden tersebut, malah dia seakan kecewa denagn suspek yang bertudung.

Ia menambahkan kemarahannya apabila pembunuhan Siti Surya itu adalah bermotifkan duit.

 

Bertudung itu dah betul dah. Tapi kerana tamak kan duit sanggup membunuh kawan baik sendiri kerana duit?”

Dalam pada itu Ali juga menempelak suspek yang bertudung tapi sanggup membunuh semata-mata kerana duit.

“Allahu kesian mak dia sakit terlantar. Kesian ayah dia kesian keluarga dia. Pengajaran yang kita dapat bertudung muka alim-alim kesian nampak macam daif ni bahaya.Sebab mereka tak tunjuk depan-depan. Mereka buat jahat dalam diam. Kerana duit dan tamak! Bunuh kawan baik.”

Pada masa sama, Ali juga menzahirkan rasa simpatinya terhadap nasib keluarga mangsa.

“Bahaya betul kalau buat muka kesian konon-konon baik ni. Semoga ke muka pengadilan kamu. Hati-hati guys. Bising tak semesti jahat, diam tak semesti baik. Ish bahaya ni,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, perkongsian itu telah dipadam.

Img 2433 1

 

Baca : “Dia yang ajak pergi balai polis” – Ibu Suspek Bunuh Siti Surya Yakin Anak Tidak Bersalah

Capture 3 9

Sumber: Astro Gempak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.