in

“Maaf tergelak” – Nurse Suruh Pindah Katil, Gelagat ‘Bhaiya’ Ni Angkut Dengan Tilam Sekali Undang Tawa Netizen

Kesian Angkut Tilam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bertugas sebagai jururawat di hospital pastinya korang ada berhadapan dengan pelbagai kerenah pesakit yang bermacam-macam perangai.


Baru-baru ini, viral sebuah video TikTok dari Azrul Hakim yang memaparkan situasi lucu apabila seroang pesakit warga asing dilihat telah melakukan satu aksi yang tidak terjangkau di fikiran.

Menerusi video tersebut, kelihatan pesakit tersebut sedang memikul sebuah tilam di bahunya apabila seorang nurse meminta pesakit tersebut untuk pindah ke katil lain. Adoi kesian… 

@azrulhakim786

Balas kepada @mrdeanobey

♬ bunyi asal – AzrulHakim – AzrulHakim

Agak menggelikan hati juga apabila pesakit itu dilihat menyanyi sambil berkaki ayam dan dengan selambanya menjinjing beg plastik berisi makanan ketika dia melintasi kaunter petugas kesihatan.

Pun begitu, tindakannya pantas ditegur oleh petugas kesihatan dan seorang jururawat telah mengiringinya kembali ke tempat asal. Sabar je la ye akak misi kita ni… 

 

“Nasib baik tak angkat sekali dengan misi” 

Gelagat pesakit warga asing itu telah membuatkan rata-rata netizen terhibur dan siap ada yang kata ‘bhaiya’ tu sayang betul dengan tilam dia.

Namun ada juga yang simpati dengan nasib ‘bhaiya’ itu yang dirasakan kemungkinan hidup susah di negaranya dan jauh bezanya dengan keadaan di negara kita.

Poindah 1

Baca: Group Facebook ‘Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?’ Jadi Lubuk Pemilik Oyen Kongsi Kisah Lucu

Oyen

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.