in

Group Facebook ‘Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?’ Jadi Lubuk Pemilik Oyen Kongsi Kisah Lucu

Cats 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam banyak-banyak kucing, kucing yang berwarna oren boleh dikatakan yang paling gangster dan sering buat hal. Malah, perkataan Oyen sering digunakan untuk menggambarkan kucing berwarna oren yang berperangai pelik.


Mungkin disebabkan bosan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, muncul satu group di Facebook yang dicipta khas untuk pemilik Oyen.

1

Halaman ‘Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?’ menjadi tempat pemilik Oyen berkongsikan perangai kucing mereka kepada pengguna media sosial yang lain.

Lucunya di sini, banyak hantaran dan perkongsian yang dimuat naik oleh netizen tentang telatah Oyen mereka. Ada yang perangai bossy, bergaduh dengan ekor sendiri, dan ada juga yang tolong kambuskan tahi kucing lain. Macam-macam hal!

Berikut adalah beberapa perkongsian berkenaan Oyen dalam halaman ini:

A 1

B 1

C 1

D 1

E 1

Rata-rata pengguna media sosial yang turut serta dalam halaman ini adalah pencinta kucing. Jika sebelum ini anda melayari YouTube untuk memenatkan mata sebelum tidur, sekarang group Facebook ini boleh dijadikan sebagai pilihan!

Korang ada Oyen dekat rumah? Join group ni cepat!

 

Sumber: Oyen Buat Hal Apa Hari Ni?

 

BACA: Setiap Hari Datang ‘Berjaga’ Hospital Lantik Oyen Jadi Pengawal Keselamatan

Cats 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.