in

“Maaf sekiranya hamba menolak untuk berjumpa…” Iqram Dinzly Tolak Pelawaan Mufti Untuk Bersemuka

Iq10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Iqram Dinzly telah menimbulkan pelbagai kontroversi semenjak dua menjak ini dek kerana aksinya yang aneh di media sosial. Sebelum ini, dia telah dituduh tidak waras kerana memuat naik gambar selfie di pusara bapanya.


Bukan itu sahaja, Iqram yang kini ingin dikenali sebagai Princhiqy kerap melakukan Instagram Live yang menyajikan penonton dengan pelbagai aksi pelik, mencarut dan memaki hamun serta aksinya membaca al-Quran dan berzikir.

Walaupun menerima pelbagai tohmahan daripada netizen, Iqram menjelaskan bahawa aksinya tidak pelik malah dia hanya menjadi diri sendiri. Persoalan akhirnya terjawab apabila baru-baru ini Iqram telah mengakui bahawa kelakuan peliknya adalah sekadar gimik awal untuk mempromosikan perniagaan barunya.

Iq3 1
sumber: instagram

Melihat kepada kontroversi dan cemuhan yang melanda Iqram, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri telah mengemukakan surat terbuka kepadanya. 

Menurut Malaysian Digest, surat yang dimuat naik di Instagram miliknya mengandungi nasihat kepada Iqram supaya tidak menghiraukan kecaman netizen dan meneruskan amalan membaca al-Quran dan berzikir.

Iq4
sumber: sinar harian

Itu adalah hal yang amat baik kerana hanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang.”

Selain itu, Datuk Dr Zulkifli turut menjemput Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya bagi memberi peluang untuk mereka berkenalan antara satu sama lain serta membincangkan situasi dan keadaannya. Wah, bagus ni!

Iq5
sumber: instagram

Sejak surat ini dimuat naik, netizen ternanti-nanti jawapan balas Iqram terhadap Mufti Wilayah Persekutuan tersebu dan semalam, Iqram telah pun memuat naik surat balas menerusi laman Instagram miliknya. Surat yang panjang lebar darinya itu menunjukkan bahawa dia menerima nasihat Datuk Dr Zulkifli dengan penuh hormat.

“Buat Mufti Wilayah yang hamba hormati, hamba mengucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi prihatin dengan apa yang terjadi.”

Walau bagaimanapun, katanya, dia terpaksa menolak jemputan untuk berjumpa dengan mufti di pejabatnya. Namun, dia menjemput supaya Datuk Dr Zulkifli hadir ke Talaqqi Dinzly Studio bagi menjelaskan dan mendalami perkara sebenar mengenai tindakannya.

Iq6 1
sumber: instagram

Kata Iqram, dia mahu ibunya untuk berada disisi bagi sesi tersebut. Akan tetapi, dia tidak dapat keluar rumah untuk ke pejabat kerana menghormati keputusan ibunya yang tidak mahu kemana-mana selagi masih berada di dalam iddah. Ujarnya lagi, ibunya masih dalam usaha untuk menaikkan semangat kerana terlalu rindukan suami.

Iq7
sumber: instagram

Selain itu, Iqram turut memberitahu bahawa dia sangat berbesar hati menerima kehadiran Datuk Dr Zulkifli bagi berkongsi ‘rahsia’ sekiranya bersetuju untuk ke rumahnya. Tambahnya lagi, jika sudi, dia sendiri yang akan menghubungi beliau pada bulan hadapan.

Harap pertemuan mereka berdua akan terjadi dan dapatlah Iqram menjelaskan situasi sebenar tentang aksi peliknya di media sosial sekaligus menghentikan kontroversi yang melanda dirinya.

Apalah rahsia Princhiqy ni ye? Nak juga tahu…

Baca: Netizen Ditipu Lagi? Iqram Dinzly Mengaku Berkelakuan Aneh Sekadar Gimik Marketing Produk Baru

Iq1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.