in

“Tiada apa yang pelik, saya menjadi diri sendiri,” – Iqram Dinzly Perjelas Aksi Gila di Media Sosial

Id Featured 4

Pengikut Instagram pelakon Iqram Dinzly pastinya dah biasa melihat video insta story yang sering di muat naik olehnya. Namun, dari hari ke hari, ramai netizen yang merasakan Iqram semakin kerap melakukan aksi pelik di dalam videonya.

Sebelum ini dia telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang dia hanya ingin berseni sendiri dan tidak menghiraukan cacian orang ramai mengenai perubahan drastiknya selepas kematian bapa.

Id5
sumber: instagram

Namun begitu, nampaknya baru-baru ini Iqram sekali lagi telah menimbulkan perasaan kebimbangan bagi yang menonton video insta story miliknya kerana memuat naik video live aksi sedang memakan buah epal dengan gaya yang kurang senang untuk ditonton.

Id2 Horz
sumber: harian metro

Walau bagaimanapun, menurut Harian Metro, Iqram tetap pendirian mengatakan aksinya itu hanya cara dirinya bermain dengan teknik lakonan di alam maya serta hanya menjadi diri sendiri.

Id6
sumber: instagram

Iqram turut memberitahu bahawa di dalam video tersebut, dia hanya memakan epal hijau dan buah-buahan di kediamannya yang diberi nama Talaqqi Dinzly Studio.

Tambah pula saya mengambil aura dan semangat arwah bapa kerana tempat itulah dia selalu makan dan menghabiskan masanya.”

Id8
sumber: instagram

Selain itu, Iqram Dinzly mengatakan kini dia mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly dan ingin semua tahu bahawa hidupnya sekarang lebih bahagia daripada sebelum ini selepas menimba ilmu dan pengajaran dengan guru sepanjang 36 tahun hidupnya.

Jangan panggil saya Iqram. Saya mahu dikenali dengan nama Princhiqy sekarang.”

Nampaknya Iqram Princhiqy Dinzly tidak hiraukan kata-kata negatif daripada netizen kerana dia menganggap mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati. Hal ini adalah kerana tiada apa yang pelik dan netizen bukan Tuhan untuk menilainya.

Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat.”

Dia nak berkarya je tuu…

Baca: “Cacilah, caci sebanyak mana yang hendak dicaci” – Iqram Dinzly Sedih Dituduh Makin Tidak Waras

Id