in

“Maaf mas aku ketawa” – [VIDEO] Gara-gara Pintu Tersangkut, Lelaki Terpelanting Masa Buka Pintu Untuk Pengantin

Terpelanting Masa Buka Pintu Video

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya sehari sebelum majlis perkahwinan berlangsung di sesebuah dewan, pihak pengantin sudah pastinya dah spot check lokasi untuk memastikan tiada kerosakan atau cacat cela yang mengganggu majlis bakal berlangsung.


Namun bak kata orang, bila benda satu benda itu dah tertulis nak terjadi, ia pasti akan berlaku seperti apa yang menimpa seorang crew majlis perkahwinan ini.

 

Terpelanting lepas tarik pintu 

Menerusi video TikTok yang dikongsikan @fiar49 dari negara seberang, crew majlis perkahwinan ini melalui detik yang agak memalukan apabila dilihat sedang ‘struggle’ membuka pintu untuk pengantin perempuan masuk ke dewan.

Akibat menarik pintu terlalu kuat, pemegang pintu dewan itu dilihat tercabut sekaligus membuatkan crew tersebut terpelanting ke belakang. Alamak! 

@fiar49

Kejadian ngga terduga sebagai crew Wedding Organizer ? #fyp #wedding #weddingorganizer

♬ original sound – fiar – fiar

Tapi seperti yang korang lihat dalam video, crew itu selamba bangun balik dan buka pintu buat pengantin. Hadoi malunya kalau min jadi dia! 

 

“Weh malu dia sampai Malaysia” 

Video yang mendapat 1.3 juta likes dan lebih 40,000 shares ini mendapat perhatian netizen bukan saja dari Indonesia malah sampai ke Malaysia.

Ramai di kalangan netizen yang pecah perut melihat adegan tersebut dan tidak kurang juga yang merasa simpati kerana crew tersebut pastinya berasa malu dengan tetamu majlis yang ada di situ.

Terpelanting

Apa-apapun good job kepada crew tu sebab masih nak bukakan pintu kepada pengantin dan pastikan majlis berjalan lancar walaupun dia dah terpelanting jatuh sebelum tu. 

Baca: Lawak! Pakai Seluar Ketat, Remaja Terpaksa Pinjam Seluar Orang Saiz XL Masa Nak Daftar Kolej

Ketat

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.