Biasanya bila baru nak daftar kolej kediaman di mana-mana Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) ini pasti akan ada garis panduan etika pakaian mereka sendiri.
Namun, kadang-kadang dengan aliran trend fesyen sekarang, pasti akan terlepas pandang sedikit bahawa apa yang dipakai itu sebenarnya tidak menepati garis panduan yang sedia ada.
Mungkin tak perasan seluar terlalu ketat, seorang pemuda yang lebih dikenali sebagai Arif Khidin ini telah membuatkan netizen tergelak apabila…
Kena pinjam orang pakai seluar saiz XL
Menurut perkongsiannya di TikTok, kejadian itu berlaku semasa Arif ingin mendaftar ke kolej di UiTM.
Menurutnya, dia telah melanggar peraturan kerana memakai seluar terlalu ketat dan disebabkan itu, dia terpaksa pinjam seluar daripada orang lain yang bersaiz XL.
Dalam video berdurasi 24 saat itu, kelihatan kakaknya tergelak besar kerana tak dapat menahan rasa lucu melihat adik mereka ini struggle untuk membetulkan seluarnya sambil-sambil mencari ikhtiar bagaimana nak ‘ikat’ seluar dekat pingang.
@rifffkiding Apa laa dosa aku kena pakai seluar XL 😭 nak daftar kolej jeee tauuu #fyp #sisters #uitm
Dalam masa sehari, video ini meraih hampir 1 juta jumlah tontonan dan 37.3K likes serta 378 jumlah perkongsian sepanjang tempoh artikel ini ditulis.
Ramai netizen terhibur dan tertanya-tanya apa kesudahannya, rupanya….
“Dia suruh tuck in wehhh”
Tak cukup dengan itu, bila satu masalah dah settle, timbul lagi masalah lain, katanya, bila dah sampai tempat daftar, baju pula kena tuck in.
Korang tengok macam mana dia buat seluar tu…..Hahahahahaha!!
@rifffkiding Reply to @esya.aaa DAH SAMPAI TEMPAT DAFTAR DIA SURUH TUCK IN PULAKKK WEHHH 😭😭 #fyp #sisters #uitm
Netizen yang menonton kedua-dua video ini ramai netizen turut sama gelak terbahak-bahak macam si kakak ni.
Malah, ada juga yang risau kalau seluar dia londeh, namun begitu ramai yang mengatakan bahawa ini adalah sebahagian daripada memori manis yang bakal di kenang pada masa akan datang.
Kenangan dik – Netizen
Video kedua ini telah meraih lebih daripada 10K jumlah tontonan dalam masa 15 jam ia dimuat naik. Waktu dan lokasi cawangan masih belum dikenal pasti, tetapi apa yang penting mungkin lepasni dapat dijadikan satu pengajaran kalau nak daftar masa sem baru nanti.
Bedasarkan pengalaman min, bukan budak kecil yang baru nak masuk sekolah je tau yang meragam, remaja-remaja yang baru nak masuk kolej tu lagi ramai.