in

“Lepas ni pegawai ATM handle” – Banduan Positif Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada Frontliner, Dipindahkan Dari Hospital

Feat2

Petugas kesihatan wanita telah menerima gangguan seksual daripada banduan yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar. Menurut Harian Metro, banduan positif Covid-19 itu dilaporkan dipindahkan ke Pusat Rawatan Sementara (MTC) Penjara Pokok Sena hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata semua banduan yang dirawat di hospital itu dan juga Penjara Alor Setar akan dipindahkan ke MTC berkenaan.

“Jadi mereka akan dipindahkan ke MTC Penjara Pokok Sena esok dan petugas penjara boleh memantau banduan secara terus berbanding di hospital apabila wardar hanya memantau dari hadapan bilik pesakit.”

“Selain itu, yang akan merawat banduan selepas ini adalah anggota dan pegawai ATM, jadi harap mereka tidak berani membuat gangguan lagi.”

Difahamkan, terdapat beberapa banduan dan petugas penjara yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB dan dilaporkan dalam keadaan serius serta memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Ada beberapa pesakit yang agak serius memerlukan bantuan alat pernafasan kerana oksigen dalam darah kurang, jadi kita beri oksigen dan terus pantau keadaan mereka.”

“Ada beberapa tahanan dan petugas penjara yang dirawat di HSB sebelum ini juga sudah sembuh dan dibenarkan pulang, selepas ini tahanan yang agak serius akan dibawa ke MTC Penjara Pokok Sena kerana terdapat peralatan sama seperti di hospital.”

Alahai tengah sakit-sakit pun menyempat pula dorang tu!

Baca: Pesakit Warga Emas Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada ‘Nurse’ Di Sebuah Hospital Di Melaka

Nurse2