in

Pesakit Warga Emas Covid-19 Buat Gangguan Seksual Pada ‘Nurse’ Di Sebuah Hospital Di Melaka

Nurse2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dugaan bila jadi frontliner ni, kena hadap macam-macam ragam pesakit. Kena marah, kuat demand dan lebih teruk lagi boleh mengancam nyawa malah keperibadian seseorang wanita!


Ia terjadi apabila seorang jururawat di sebuah hospital di Melaka membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual oleh lelaki warga emas yang juga pesakit COVID-19.

Menurut Astro Awani, pelaku itu merupakan seorang warga emas positif Covid-19 berumur 60 tahun itu dikatakan mengeluarkan perkataan berbaur lucah ketika jururawat berkenaan sedang melakukan prosedur rawatan terhadap pesakit berkenaan.

 

Guna bahasa lucah 

Mangsa yang berusia 30 tahun pada waktu itu sedang menguruskan pesakit tersebut dan mengambil darah dalam sebuah wad unit rawatan rapi (ICU) hospital.

Selepas itu jururawat tersebut terkejut apabila pesakit tersebut berkata sesuatu di depan matanya, lelaki itu ada terima panggilan telefon daripada seorang wanita yang difahamkan isterinya. Dia membuka pembesar suara ketika berkomunikasi.

Agak memeranjatkan apabila ketika pemanggil berkenaan bertanyakan apa yang sedang dilakukan, lelaki itu dengan selamba berkata bahawa dia sedang ‘melakukan aksi intim’ dengan jururawat bertugas.

Siap kata sedia membuat panggilan video untuk membuat pemanggil telefon itu percaya pada kata-katanya.

Jururawat itu kemudian panik dengan kelakuan warga emas itu memandangkan hanya dia seorang berada di dalam bilik berkenaan.

 

Minta jururawat ‘pegang’

Tidak terhenti di situ, sejurus menamatkan panggilan, pesakit COVID-19 itu kemudian meminta untuk melihat saiz ‘kondom kateter urin’ yang merupakan salah satu alat rawatan yang digunakan, seterusnya menyuruh jururawat itu memegang kemaluannya bagi memakaikan set peralatan tersebut.

Takut dengan kata-kata lucah itu, jururawat meminta warga emas berkenaan melakukannya sendiri dan terus beredar serta membuat laporan polis..

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Melaka, Datuk Dr Ismail Ali dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya sedia maklum mengenai laporan polis yang dibuat jururawat tersebut.

Katanya, siasatan dalaman jabatan sedang dilaksanakan secara komprehensif dan pihak JKN akan berkerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

 

Baca : Wanita Keguguran Menyamar Jadi Nurse Untuk Curi Bayi Ibu Lain Ketika Sedang Tidur

Nurse

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.