in

Dr Adham Baba Akhirnya Buka Mulut Kes Foto & Video Viral Orang Berkerumun Di CAC

Baba

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, viral foto dan video pesakit Covid-19 beratur panjang sehinggakan ada pesakit yang pengsan. Dilihat para pekerja barisan hadapan bergegas untuk menyelamatkan pesakit sehinggakan ada yang mendakwa mereka sudah kehabisan tenaga.


Kejadian orang bersesak di di CAC Stadium Malawati, Shah Alam dan orang beratur panjang sampai ke kawasan rumah di Taman Sri Andalas sebelum ini telah menimbulkan kerisauan orang ramai.

Malah, ada penduduk yang menzahirkan rasa tak puas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM) membuka CAC di kawasan berkenaan.

 

Pada hari biasa, memang tiada sebarang masalah”

Susulan dengan kejadian itu, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba Akhirnya tampil beri respon berikutan kes tersebut.

Menurut beliau, kesasakan Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di Selangor itu tidaklah sepertimana yang digambarkan dalam situasi sebenar di lokasi berkenaan setiap hari.

Menerusi Berita Harian hari ini, beliau menjelaskan situasi sebegitu akan berlaku pada waktu-waktu tertentu sahaja, lebih-lebih lagi jika apabila pusat terbabit menerima kehadiran pesakit yang dihantar pihak pengurusan beberapa sektor secara serentak.

“Kita mampu mengambil semua mereka ini dengan urusan yang teratur dan memastikan bahawa ia berjalan secara tersusun selain mengikut protokol kesihatan awam.”

Tambahnya  lagi, perkara itu berlaku disebabkan ada beberapa sektor kilang yang menghantar pekerja mereka dengan bas serentak dan pada hari biasa, insiden sedemikian tidak berlaku.

E6Edi6Kviae3Au6

“Jadi kalau mereka datang beramai-ramai, itu disebabkan ada beberapa sektor pembuatan menghantar pekerja mereka dengan bas, secara serentak. Pada hari biasa, memang tiada sebarang masalah dan tak berlaku kesesakan seperti ditularkan.”

Kata beliau lagi, perkara sama turut berlaku di CAC Taman Sri Andalas kerana kehadiran ramai individu yang berisiko dan mahu membuat penilaian.

 

Hanya berlaku pada hari-hari tertentu, jika sektor pembuatan hantar pekerja pakai bas

E6Jrhzvvobstbha

Walaubagaimanapun, beliau turut menjelaskan bahawa para petugas kesihatan akan melakukan sebaik mungkin untuk memberikan perkhidmatan dan pengasingan bagi memastikan mereka mereka perlu menjalani kuarantin di hospital atau rumah.

E6Edi4 Voaapsfx

Dalam pada itu, susulan dengan pertanyaan untuk memperbanyakkan lagi CAC kecil di negeri tersebut, Dr Adham juga menjelaskan bahawa Selangor sudah memilik 35 CAC setakat ini dan yang paling besar adalah di Stadium Malawati, Shah Alam,

“Kita sentiasa menambah baik kemudahan sedia ada untuk memastikan setiap individu yang hadir diberi perkhidmatan sempurna.”

“Jadi kita ingin memaklumkan kepada penduduk berkaitan, datanglah ke CAC berhampiran mereka bukan hanya bertumpu di dua itu sahaja (Stadium Melawati dan Taman Sri Andalas) kerana kita memiliki 35 CAC di Selangor,” katanya.

Beliau juga akan menerangkan garis panduan dan SOP kepada individu yang dah lengkap divaksinasi nanti.

 

Baca : Sesak! CAC Stadium Malawati Dikunjungi 4,000 Pesakit COVID 19 Hari Ini Termasuk Kanak-Kanak & Bayi

Cac

 

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.