in

[VIDEO] Tak Sanggup Beratur Panjang, Ramai Beli Nasi Chef Ammar Dari ‘Reseller’ Walaupun Mahal

Untitled Design 2022 04 15T110544.847

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadan kali ini, nama Chef Ammar semakin banyak kali disebut dalam kalangan netizen, pelbagai cerita dan kejadian terkait dengan cef yang terkenal dengan hidangan Timur Tengahnya itu.

Jika sebelum ini tular isu berkenaan harga makanannya itu, hari ini ada isu lain pula. Orang ramai sanggup beratur panjang demi merasai hidangan Nasi Mandy yang menjadi signature oleh Chef Ammar tetapi ada juga yang ingin merasainya tetapi tidak sanggup untuk beratur panjang.


@a.xyuuu

Beli dgn Chef Ammar ❌ Beli dgn reseller ✅ Sbb ghisau beratur lama-lama nnti tak dpt #bukapuasa #lambshank #chefammar

♬ DJ MARHABAN YA RAMADHAN – Risky Chici Remix

Dalam perkongsian oleh @a.xyuuu di TikTok, difahamkan terdapat beberapa individu yang telah menjadi ‘reseller’ untuk hidangan ‘lamb shank’ Chef Ammar kerana makanan itu sangat cepat sold out dan disebabkan itu, ada juga yang tidak dapat membelinya setiba giliran mereka.

Malah, cuaca yang panas juga buatkan ramai tak sanggup untuk beratur. Jadi, ramai yang membuat pilihan untuk membeli daripada reseller walaupun harga RM15 lebih mahal.

“Upah beratur, tak salah pun”

Video yang dikongsikan itu mendapat respon yang agak positif daripada netizen, ramai yang beranggapan tindakan individu tersebut bukanlah mengambil kesempatan ataupun tidak adil kerana mereka ibarat mengambil upah untuk beratur.

Individu tersebut juga tidak memotong barisan atau menggunakan taktik yang berbeza daripada orang lain.

Reseller

Kira samalah macam personal shopper kan? Okay je! 

Baca: “Customer biadap”-  [VIDEO] Gara-Gara Utamakan Wanita Mengandung, Staf Chef Ammar Kena Marah Dengan Customer

Utamakan Wanita Mengandung Staf Chef Ammar Kena Marah Dengan Customer

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.