in

“Makcik tu tak larat” – Netizen Tegur Influencer Viralkan Kedai Makan, Kesian Lihat Owner Kedai ‘Penat’

Ft Kedai Viral Beratur Panjang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hidup di zaman internet ni, segala apa yang boleh mendapat perhatian, pasti akan viral, tidak kira untuk perkara yang baik mahupun yang buruk. Salah satu perkara yang paling senang nak viral adalah kedai makan.


Kalau servis teruk, makanan tak sedap dan rosak, pasti cepat je viral, begitu juga dengan sebaliknya, sedap, servis bagus dan harga pula murah.

Untuk sudut positif, tidak dinafikan bahawa ia membantu pemilik kedai dalam memberikan rezeki, namun begitu bagi saudara @faizedzahar, ada satu perkara yang perlu dipertimbangkan lagi sebelum melakukan perkara sedemikian.

 

Makcik yang masak kuey teow tu tak larat dah

Nasihatnya kepada mana-mana influencer, jika ingin viralkan satu kedai makan itu perlulah tanya kepada pemilik, ini kerana dia ada kongsikan pengalamannya ketika berada satu kedai makan kuey teow.

Dia melihat keadaan tukang masak yang dah tua itu macam dah tak larat sejak kedai makan kuey teow itu viral, katanya lagi sebelum viral pun pelanggan dah banyak.

Ada kemungkinan, akibat tular kedai makan sampai tak menang tangan ini, ia boleh menjejaskan kualiti makanan jika dah terlalu ramai orang datang dan kemungkinan perkara lain pula yang jadi dimana viral dengan benda buruk pula.

Dalam masa sehari, thread ini viral dan raih lebih daripada 9,400 jumlah retweets dan kini masih lagi menjadi perhatian.

Disebabkan pesanannya ini menjadi perhatian netizen, ia mengundang pelbagai reaksi dimana ada yang pertikaikan bahawa ia tidak perlu menjadi isu dan ada juga menyokong dengan pendapatnya termasuklah Ceddy.

Malah, ada juga netizen kongsikan pengalaman mereka pernah temui satu kedai makan yang enak dan murah. Menurut mereka, kadang-kadang tuan kedai sendiri yang tidak mahu perniagaannya ditularkan kerana takut tak larat.

Screenshot 2022 04 11 133659 Screenshot 2022 04 11 133725 Screenshot 2022 04 11 133844

Betul juga lah tu apa yang dikatakan, senang cerita macam ni lah, minta izin dan kita viralkan kepada mereka yang memerlukan je, misalnya orang baru nak berniaga dan sedap atau kedai yang tak laku tapi ada kualiti.

Baca : “Seronoknya dia jamah makanan tu” – [VIDEO] Viral Tikus Makan Makanan Dalam Tray Dekat Kedai Mamak Di Cheras 

Featured Image Tetikus

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.