in

“Pelanggan ke tak, tetap bahaya” – Rupanya Ramai-ramai Beratur Dekat Kenanga Tu Bukan Customers, Tapi…

Collage 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru sehari PKPB dijalankan, dah macam-macam gambar tular di media sosial menunjukkan banyak tempat ramai orang dan kebanyakkannya tak ikut SOP yang disarankan oleh kerajaan.


Antara salah satu tempat yang hangat diperkatakan adalah di Kenanga Wholesale City menunjukkan orang ramai beratur panjang di pusat beli-belah tersebut.

Pun begitu, apabila Awani menjenguk pusat beli-belah tersebut beberapa jam selepas gambar tular, dorang dapati keadaan di sana lengang dan tak seperti dalam gambar di media sosial.

Apabila bercakap dengan penolong pengurus Kompleks Kenangan Wholesale City, Wendy Lam memberitahu bahawa orang ramai dalam gambar yang tular itu bukanlah pelanggan tapi pekerja-pekerja di pusat beli-belah tersebut.

95329443 3434587086568754 5717472112386506752 O 1

Menurut Wendy, punca pekerja beratur panjang seperti itu adalah kerana mereka sedang membuat proses pemeriksaan suhu badan seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Kami perlu membuat pengesahan suhu badan dan beberapa langkah pencegahan yang ditetapkan oleh kerajaan.”

Pun begitu, ramai orang masih mempertikaikan keadaan ini kerana apa yang membimbangkan adalah pekerja-pekerja ini tak mematuhi arahan penjarakan sosial yang penting untuk mencegah penularan Covid-19.

Kita just harap je lah tak ada apa berlaku…

 

Baca: “Dah boleh agak nama kluster baru nanti” – MENGEJUTKAN! Terkini Keadaan Di Kenanga Wholesale City, 4 Mei!

Kluster

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.