Ajal maut itu semestinya di tangan Tuhan. Siapa sangka ketika sedang menguruskan jenazah nyawa dicabut Ilahi…
Seorang lelaki berusia 48 tahun meninggal dunia ketika sedang menguruskan pengebumian rakannya di Tanah Perkuburan Selat Klang, petang semalam.
Amran Hassan yang juga seorang pembantu kedai makan ketika itu sedang memegang tali untuk membantu mengangkat keranda jenazah Raja Azri Raja Mansor ke liang lahad, lapor Berita Harian.

Menurut saksi, Megat Yunos, sebaik sahaja keranda diletakkan Amran tiba-tiba rebah dan tersembam ke tanah berhampiran kubur sebelum orang ramai hubungi ambulans.
Melihat keadaan itu, jemaah lain yang ada di situ turut memberikan bantuan namun Amran tidak sedar dan kami segera menghubungi ambulans.”
Sementara menunggu ketibaan ambulans, orang ramai yang ada di kawasan perkuburan itu sempat mencuba untuk memberi bantuan kecemasan.
Kira-kira 40 minit kemudian, ambulans tiba namun Amrah disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung pada jam 6.04 petang oleh kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).
