Setiap yang hidup, pasti akan merasai mati namun bagaimana pengakhiran hayatnya itu nanti semuanya menjadi rahsia Allah.
Kata orang, baik waktu hayatnya maka baik jugalah cara ‘pengakhirannya’ dan begitu juga sebaliknya.
Namun perkongsian laman facebook Masjid An-Nur Felda Teloi Timur malam tadi mengenai pemergian seorang jemaah masjid itu menjadi viral dalam satu malam, selepas pengakhirannya yang mulia.
“Beliau jatuh rebah dan meninggal selepas melaungkan azan isyak yg terakhir pada malam ini”
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=473123976574713&id=395844280969350&__tn__=-R
Malam ini berlaku kematian di masjid annur felda teloi timur. Beliau ialah Bilal sukarela di masjid ini.. Beliau jatuh rebah dan meninggal selepas melaungkan azan isyak yg terakhir pada malam ini. Seorang peneroka Ahmad Bin Saad (Mat CB).. Jalan Ciku, Blok K, Felda Teloi Timur.. Seorang yg aktif di masjid dan selalu melaungkan azan secara sukarela di masjid.. Hilang lagi sebutir permata..mati malam jumaat.
Kematian arwah sememangnya cukup dicemburui kerana pasti ramai yang menginginkan pengakhiran yang mulia dan diangkat darjat dari dunia lagi.
Allahuakbar..pengakhiran hidup yg sangat cantikk

Mati dimalam jumaat beroqah dan ditempat yang sangat mulia disisinya

Allahhurabbi indahnya mati dia dalam husnul khatimah hadap allah lepas laungkan azan utk org solat

Semoga pakjang mat cb ditempatkan bersama orang2 beriman

Takziah diucapkan kepada keluarga Ahmad Bin Saad (Mat CB) semoga allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman. Al fatihah.