in

“Untuk kepentingan keluarga” – Takut Suami Curang, Isteri-isteri Di China Senyap-senyap Bagi Ubat Mati Pucuk

Collage 60 E1650763651812

Tak ada siapa nak pasangan kita curang dengan orang lain kan? Bagi isteri-isteri di China ini, dorang memang betul-betul pastikan suami dorang tak cari pasal!

Baru-baru ini tular di media sosial China mendedahkan beberapa isteri telah senyap-senyap beri suami dorang dadah yang boleh buat mati pucuk bagi mengelakkan suami dorang berlaku curang.

South China Morning Post melaporkan, beberapa kedai dalam talian telah didedahkan kerana menjual diethylstillbestrol kepada wanita-wanita terdesak ini untuk pastikan suami mereka tak boleh boleh melakukan hubungan seks sekaligus meninggalkan perempuan simpanan.

Malah, salah satu komen mendakwa, selepas dia berikan ubat tersebut kepada suaminya selama dua minggu berturut-turut, suaminya kini rajin duduk di rumah.

Unnamed 2

Suami saya mengalami mati pucuk selepas memakan ubat tersebut dan sering tertanya-tanya macam mana benda tersebut boleh berlaku.

“Jangan salahkan saya. Saya buat untuk keluarga dan akan terus beri dia makan ubat tu.”

Selepas perkara ini tular, ubat tersebut dikatakan telah pun diban dari kedai dalam talian. Namun beberapa kedai masih jual ubat tersebut secara senyap-senyap dalam bentuk serbuk yang tak mengeluarkan bau atau rasa dan mudah larut dalam air.

Kedai tersbeut dikatakan telah menjual ubat mati pucuk itu kepada lebih 100 pelanggan dalam masa sebulan. Nasib baik, lelaki yang makan ubat tersebut boleh pulih semula 21 hari selepas berhenti ambil ubat.

Mak ai, ekstrem sungguh cara dorang ni!

 

Baca: “Saya kecewa” – Suami Kantoi Suka Tunjuk Kemaluan Dekat Ramai Perempuan, Wanita Luah Rasa Sedih

Screenshot 2021 04 29 At 4.09.24 Pm