Sering terpalit dengan kontroversi melibatkan anaknya, Kasih Iris Leona, pelakon Azhar Sulaiman semalam meluahkan rasa marahnya apabila menerima satu komen biadap di laman TikTok.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Azhar Sulaiman telah menegur tindakan seorang lelaki yang meninggalkan komen biadap mengenai anaknya.
Azhar juga dalam posting di Facebook turut mengajak lelaki itu bertemu empat mata dengannya untuk membincangkan hal tersebut.
Nak gaduh dengan saya ker? Moh jumpa,” tulisnya.
Perkongsian tersebut ternyata mendapat pelbagai komen netizen yang mengecam tindakan lelaki terbabit yang dianggap sebagai kurang ajar dan berharap Azhar memberi pengajaran kepada individu itu.
“Saya mohon maaf atas keterlanjuran komen”
Walau bagaimanapun, hari ini, lelaki berkenaan telah membuat permohonan maaf kepada Azhar di atas keterlanjurannya dalam memberi komen.
Menurut lelaki tersebut, dia faham jika komennya telah membuat Azhar marah dan bersedia untuk berjumpa dengan pelakon itu bagi membuat permohonan maaf.
Apa-apapun setakat ini belum ada lagi komen balas daripada Azhar ketika artikel ini ditulis dan diharap masalah di antara mereka dapat diselesaikan dengan baik.
Baca: Azhar Sulaiman Sedia Berlakon Dengan Sophia Albarakbah, Walaupun Dibelenggu Kontroversi