in

Lelaki Minta Netizen Berhenti Obses Dengan Youtuber Mat Saleh, Buat Video Hanya Untuk ‘Content’?

Youtuber Mat Saleh Buat Content Malaysia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, kita semua dapat lihat begitu ramai di kalangan orang luar ataupun ‘mat saleh’ yang menjadi Youtuber dan merakam pengalaman hidup mereka di Malaysia.

Video-video mereka ini mendapat perhatian netizen di Malaysia dan tak kurang juga yang memuji kerana mereka dilihat pandai menyesuaikan diri di negara ini.


 

“Hentikanlah ‘perak’ dengan Youtuber Mat Salih” 

Pun begitu, baru-baru ini seorang lelaki dengan nama Thaqib Shaker telah memuat naik video di TikTok mendedahkan sisi hitam youtuber ini.

Menurutnya, video mengenai Malaysia yang dilakukan youtuber ini bukanlah kerana mereka menghargai budaya atau keunikan negara ini namun ia semata-mata untuk ‘content’ sahaja.

Malah tambahnya lagi, kebanyakan dari mereka juga boleh mendapat banyak likes, followers dan comment dari orang Malaysia atau Asia Tenggara yang dikatakan sangat ‘obses’ dengan golongan ini.

React 2

 

“Tak semua Youtuber macam tu tapi…” 

Tidak mahu kata-katanya disalah anggap, Thaqib kemudian menjelaskan bahawa tidak semua youtuber berniat sedemikian namun menurutnya, kebanyakan daripada mereka memang ingin membuat duit hasil dari ‘content’ berkenaan.

Keuntungan itu kepada mereka dan bukan kepada kita. Dan kepada orang Melayu, tolonglah hentikanlah jadi ‘perak’ dengan Mat Salih. 

“Korang boleh tengoklah pada komen-komen. Selalunya yang komen semua orang kita,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, ‘Youtuber’ yang sebenar ialah youtuber negara kita sendiri kerana kebanyakan individu ini menggunakan bahasa Melayu dan mempromosi video berkenaan kepada rakyat negara ini.

Nah korang boleh tengok video sepenuhnya di bawah:

https://www.tiktok.com/@thaqibshaker/video/7073283430229855515?_d=secCgYIASAHKAESPgo8CgQucXxWo65Ms5fYE7OBcFP8PV3nNb0lzCD9OspIiatjqCSttZubkV2Y5yzx8CClhBXB2RRuZsSIlvZsGgA%3D&_r=1&checksum=17e96d9449036236687f4dd114330cd0655ed90db1f63118cacc6e299742616a&language=en&mid=7073283479890414362&preview_pb=0&region=MY&sec_user_id=MS4wLjABAAAAoyoR-rrYKr-_cTmKwW2AizJ3FQgbc2J7zSTWXVsVyRaiXOEnuRy0ePPjFIA8DbJ4&share_app_id=1180&share_item_id=7073283430229855515&share_link_id=9DE0B982-BB5D-4008-8DCA-6A15240DF317&social_sharing=v3&source=h5_t&timestamp=1646973858&tt_from=copy&u_code=db8b9je91ff796&user_id=6801629490906334209&utm_campaign=client_share&utm_medium=ios&utm_source=copy

“Aku suka mamat ni sebab dia bercakap kebenaran” 

Rata-rata netizen yang melihat perkongsian ini bersetuju dengan apa yang dikatakan pengguna TikTok ini dan sudah mulai perasan mengenai hal tersebut tidak lama dulu.

Content

Apa-apapun harap janganlah korang pukul rata pada semua youtuber mat salleh pulak. Mungkin ada yang betul-betul suka dengan budaya Malaysia dan jatuh cinta dengan bahasa kita. Sebab tu mereka selesa gunakan BM dalam video mereka.

Baca: “Siapa suruh upload?’ – YouTuber Diburu Polis Lepas Curi Masuk Sunway Lagoon

Sunway

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.