in

Firdaus Wong Tegur ‘Pengerusi Tahfiz’ Buat Lawak Isu Penceramah Bebas Rogol Gadis 14 Tahun

Lawak Jenaka Rogol

Hangat diperkatakan kini mengenai kes seorang penceramah bebas popular telah didakwa atas kesalahan merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Menurut laporan, suspek telah direman polis selepas dua hari mangsa membuat laporan. Mangsa juga katanya telah berkenalan dengan ‘ustaz’ terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an sejak Mei tahun lalu.

Bermula daripada perkenalan berkenaan, mangsa dan suspek katanya telah melakukan hubungan beberapa kali di beberapa lokasi yang berbeza.

‘Pengerusi Tahfiz’ buat lawak isu kes rogol? 

Berikutan isu tersebut, kes yang mendapat perhatian ramai ini telah mengundang pelbagai komen netizen termasuklah sebuah posting yang dimuat naik seorang individu yang didakwa ‘Pengerusi’ di sebuah pusat tahfiz.

Posting dari individu berkenaan juga dilihat seakan-akan berjenaka tentang isu rogol yang sedang hangat diperkatakan baru-baru ini. Uikss!

Bebas

294321949 610761743739901 5046738972751364767 N

“Cara berfikir ***** sangat sangat bermasalah apatahlagi kita sebagai Muslim”

Posting jenaka rogol itu telah mendapat teguran daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong yang meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook.

Menurut Firdaus, apa yang dimuat naik ‘pengerusi tahfiz’ berkenaan amat mendukacitakan tambahan pula individu terbabit ialah seorang suami dan juga mungkin seorang ayah.

Whatsapp Image 2021 09 23 At 10.46.59

“Apa sahaja hubungan seksual dengan individu bawah umur adalah rogol walaupun suka sama suka!

“Isunya bukan sama ada suka sama suka tetapi bagaimana boleh seseorang yang mempunyai kedudukan dan ilmu agama mengadakan hubungan seksual dengan gadis bawah umur andai suka sama suka sekalipun?

“Cara berfikir ***** sangat sangat bermasalah apatahlagi kita sebagai Muslim ada hukum, adab dan akhlaknya.

“Ini kita belum masuk sexual grooming dan predator seksual lagi. Jikalau tidak boleh bersimpati kepada mangsa, maka ikutlah hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam iaitu berkata baik ataupun diam,” katanya.

Firdaus

Apa pendapat korang mengenai posting pengerusi tahfiz tu? Bagi admin memang agak keterlaluan. Isu rogol ini bukan perkara main-main. 

Baca: “Tak padan bini ramai” – Individu Didakwa Rakan Ibu Mangsa Rogol Dedah Cara Ustaz Umpan Mangsa

Ft Penceramah Bebas Umpan Mangsa Remaja

Sumber: Instagram
Sumber: Facebook
Sumber: Kosmo
Sumber: Facebook