in

Lelaki Mati di Bawah Timbunan 6,000 Kilogram Majalah Porno Miliknya

P

Kematian boleh disebabkan oleh bermacam-macam punca. Keadaan mayat ditemui juga berbeza bagi sesetiap manusia.

Namun seorang lelaki yang berasal dari Jepun ini ditemui mati dengan cara yang sangat pelik iaitu ditimbun di bawah pelbagai keratan majalah lucah.

Mayat lelaki itu ditemui selepas tuan rumah datang untuk mengutip sewa rumah yang tidak dibayar. Si mati yang hanya dikenali sebagai Joji berusia 50 tahun itu merupakan pekerja di sebuah syarikat automobil besar.

P1

Dalam satu sesi temu bual, seorang lelaki mengaku diupah oleh si mati untuk mengemas kesemua bahan-bahan porno tersebut supaya tidak diketahui jiran tetangga serta untuk menjaga aib keluarganya yang sama sekali tidak mengetahui tentang tabiatnya itu.

Joji dijumpai enam bulan selepas kematiannya dan dia dilaporkan mati disebabkan serangan jantung. Si mati tinggal berseorangan di sebuah apartmen dua bilik itu juga dikenali sebagai “kodokushi”.

Dilaporkan bahan-bahan porno seberat 6,000 kilogram ditemui pekerja yang membersihkan rumahnya itu. Keratan majalah dijumpai bertaburan di atas lantai, meja dan rak-rak memenuhi seluruh ruang rumahnya itu.

P2

Koleksi porno Joji adalah penyebab utama mengapa mayatnya tidak dijumpai sebaik sahaja dia mati. Longgokan besar helaian muka surat majalah itu menyerap cecair dari tubuhnya yang semakin reput menyebabkan mayatnya dijumpai selain bau yang tidak menyenangkan datang dari cecair tersebut.

Menakutkan atau kelakar?