Semua sedia maklum, mahkamah adalah sebuah institusi yang dihormati di mana-mana negara dan segala keputusan yang dibuat hakim adalah keputusan yang muktamad dan dipersetujui oleh semua pihak.
Walau bagaimanapun, dalam satu kejadian yang berlaku di Clark County, Nevada, Amerika Syarikat, seorang lelaki dilaporkan telah menyerang seorang hakim di mahkamah gara-gara tidak bersetuju dengan keputusan beliau.
Artikel berkaitan: Lelaki Serang Pekerja Wanita Sebab Tak Puas Hati Dengan Cara Buka ‘Screen Protector’
Artikel berkaitan: ‘Hakim Paling Baik’ Hidap Kanser Di Usia 87 Tahun, Mohon Netizen Doakan Kesihatannya
Menerusi video yang viral di X, lelaki bernama Deobra Radden telah bertindak melompat dan menyerang hakim yang berada di tempat duduknya sehingga terjatuh gara-gara tidak bersetuju dengan keputusan hakim itu menafikan tempoh percubaannya.
A man attacked a Clark County judge in court today after she denied his probation. 😬 pic.twitter.com/CkJXj7Tc5a
— non aesthetic things (@PicturesFoIder) January 3, 2024
Beberapa petugas mahkamah dan juga pengawal keselamatan dilihat meluru menyelamatkan hakim tersebut dan kelihatan juga beberapa pergelutan berlaku.
Menurut laporan, kejadian itu berlaku ketika Hakim Mary Kay Holthus sedang menjatuhkan hukuman terhadap Redden dan peguamnya telah meminta hakim untuk memberi Redden tempoh percubaan.
Namun permintaan itu ditolak hingga menyebabkan suspek berang dan melompat terjun ke tempat duduk hakim.
Dalam pergelutan itu, dilaporkan seorang marsyal juga mengalami kecederaan dan dimasukkan ke hospital.
Dalam satu kenyataan pihak mahkamah menyebut,
Kami memuji tindakan pantas para staf hakim, pihak berkuasa dan lain-lain dalam menundukkan defendan.
“Pihak mahkamah sentiasa memastikan keselamatan dan kesejahteraan di bilik-bilik mahkamah. Kami kini sedang meneliti semula protokol dan melakukan segala yang kami mampu dalam melindungi bidang perundangan, orang awam dan pekerja kami.”
Susulan kes itu, Redden telah dihukum atas kesalahan percubaan menyerang dengan menyebabkan kecederaan pada tubuh.
Aiii seram min tengok dia lompat macam tu. Jadi hakim pun dah tak selamat sekarang ni.
Sumber: X, none aesthetic things