Lelaki Ini Sanggup Kahwin Kekasih Umur 13 Tahun Demi Lepas Hukuman Rogol

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ini kecoh apabila Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya mengeluarkan kenyataan menyokong perkahwinan di antara perogol dan mangsa rogol bawah umur yang dikatakan boleh mengubati masalah sosial.

Nampaknya, apa yang dikatakan ahli parlimen ini bakal menjadi kenyataan – seperti apa yang berlaku di Kuching, Sarawak ini.

Menurut WORLD OF BUZZ, lelaki yang berusia lingkungan 20-an ini telah ditahan atas tuduhan merogol gadis berusia 13 tahun. Biar betul?  

Sumber: Sinchew

Kes ini dilaporkan kepada pihak polis oleh ibu mangsa sendiri setelah mengesyaki akan ketidakstabilan emosi yang berlaku terhadap anaknya itu. Setelah anak gadis tersebut disoal, dia mendapat tahu bahawa anaknya sudah pun mengadakan hubungan intimasi dengan kekasihnya. Uish gilalah!

Ibu yang malang itu amat terkejut apabila mengetahui bahawa anak perempuannya juga kini hamil beberapa bulan setelah gadis itu dibawa ke klinik untuk pemeriksaan pada keesokkan harinya. Dengan itu, keluarga gadis ini mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Cubaan menahan suspek kali pertama gagal apabila suspek yang dicari tiada di rumahnya. Namun setelah mendapat aduan, suspek yang dikesan berada di sekitar kawasan Kenyalang akhirnya berjaya ditahan.

Setelah disoal siasat, lelaki itu dengan rela hati mengatakan dia sanggup mengahwini gadis itu asalkan dia tidak didakwa dengan pertuduhan pertuduhan merogol gadis bawah umur.

Amboi, ambil kesempatan dalam kesempitan nampaknya ye!   

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!