in

Lelaki Ini Kahwin 4 Kali & Cerai 3 Kali Dengan Wanita Sama Dalam Tempoh 37 Hari, Rupanya Sebab…

Ft Kahwincerai

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki dari Taiwan mendapat idea yang lain daripada lain untuk membolehkan dia layak diberikan cuti kahwin iaitu dengan berkahwin sebanyak 4 kali dalam tempoh sebulan lebih.


Menurut laporan, lelaki tidak didedahkan identitinya itu telah berkahwin dengan wanita yang sama sebanyak 4 kali dan bercerai pula sebanyak 3 kali. Semua demi untuk mendapat cuti kahwin yang panjang.

Berdasarkan undang-undang di Taiwan, seseorang itu layak diberikan cuti berbayar sebanyak 8 hari apabila mereka berkahwin. Lelaki yang bekerja sebagai kerani bank itu memang dapat cuti 8 hari ketika berkahwin pada 6 April tahun lepas.

Kahwin6

Namun, rupa-rupanya ianya adalah permulaan ‘cuti kahwin panjang’ yang dirancangnya lebih awal. Nak tahu apa yang lelaki ini lakukan? Pada hari terakhir cuti 8 hari tersebut, lelaki itu menceraikan isterinya dan berkahwin semula keesokan hari.

Dan ketika itu dia mohon sekali lagi cuti kahwin berbayar. Situasi itu berulang dan pasangan itu berkahwin sebanyak 4 kali dan bercerai 3 kali hanya dalam tempoh 37 hari kerana mahu mendapat cuti kahwin sebanyak 32 hari.

Namun, malang baginya kerana rancangannya tidak berjalan lancar sehingga ke penghujung seperti diharapkan. Difahamkan, pihak bank mendapat tahu tahu apa yang dirancang lelaki tersebut kerana dia dilihat berkahwin dengan wanita yang sama.

Kahwin3

Ketika berkahwin buat kali kedua itu, pihak bank tidak meluluskan cuti yang dimohon menyebabkan lelaki berkenaan membuat aduan ke atas majikannya di Biro Tenaga Kerja Kota Taipei. Berikut apa yang telah berlaku:

  • Dia mendakwa bank tersebut melanggar undang-undang ‘Peraturan Cuti Buruh’ dan tidak meluluskan cuti yang berhak diterimanya, iaitu jika diikutkan 4 kali perkahwinan itu dia layak mendapat 32 hari cuti kahwin berbayar.
  • Biro Tenaga Kerja menjalankan siasatan terhadap isu itu dan memutuskan pihak bank tersebut telah melanggar Undang-Undang Buruh.
  • Majikan lelaki itu didenda NT$20,000 (RM2913.11) pada Oktober tahun lalu.
  • Rayuan dikemukakan di mana pihak bank mendakwa tindakan lelaki itu melakukan penyalahgunaan cuti perkahwinan tidak dikira sebagai cuti yang sah di bawah ‘Peraturan Cuti Buruh’.
  • Pada 10 April 2020, Biro Tenaga Kerja Beishi enggan menetapkan keputusan sebelum ini, dengan alasan walaupun tindakan lelaki itu tidak beretika tetapi dia tidak melanggar undang-undang. Sebaliknya, pihak bank yang telah melanggar undang-undang ‘Peraturan Cuti Buruh’.

Kes antara lelaki itu dah pihak bank terbabit menjadi viral di media sosial tempatan dan telah mencetuskan pelbagai perdebatan antara pekerja-pekerja di negara itu.

Baca: Baru Kahwin 3 Tahun Suami Fail Cerai Sebab Tak Tahan Pindah Rumah 18 Kali Gara-gara Isteri Takut Lipas

Lipas2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.