in

Baru Kahwin 3 Tahun Suami Fail Cerai Sebab Tak Tahan Pindah Rumah 18 Kali Gara-gara Isteri Takut Lipas

Lipas2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dinafikan ramai antara kalangan kita memang takut dengan lipas, ada yang jenis memang tak boleh nak tengok langsung, tapi min percaya takut korang ni takkan sampai ke tahap wanita dari India ni.


Ini kerana dalam masa 3 tahun perkahwinannya, wanita ini jadi penyebab dia dan suami pindah rumah 18 kali gara-gara ada fobia terhadap lipas yang begitu ekstrem.

Disebabkan tak tahan nak tanggung malu, suami akhirnya mahu memfailkan cerai, lapor Opindia.

 

Desak suami pindah rumah lepas nampak lipas.

Lipas

Pada mulanya si suami tak perasan yang dia ada fobia terhadap lipas dan mula sedar selepas berkahwin dengannya pada tahun 2017.

Katanya, si isteri itu ternampak lipas di dapur dan lari teriak minta tolong, sejak itu dia tak nak masuk dapur lagi. Dikatakan jeritan dia tu terlalu kuat sampaikan ramai ahli keluarga lain jadi terkejut.

Lepas itu si isteri akan desak suaminya untuk pindah rumah baru. Mereka mula hidup berpindah randah pada tahun 2018, namun bila dah masuk 3 tahun usia perkahwinan mereka, sudah 18 biji rumah mereka berpindah.

Kata si suami itu, dia dah bawa isterinya jumpa pakar psikiatri untuk memantau fobia dia. Namun, isterinya enggan ambil sebarang ubat yang telah diberikan.

Pindah

Kata si isteri tu, suaminya jenis tak faham masalahnya dan dakwa sengaja nak buatkan dia jadi ‘mental’ dengan memberikan macam-macam ubat, lapor China Press.

Pasangan itu juga ada pergi ke pusat kebajikan BHAI, sebuah organisasi yang berurusan dengan lelaki yang terperangkap dalam mas kahwin palsu dan kes keganasan rumah tangga, untuk memberi peluang terakhir kepada perkahwinan mereka.

Pengasas organisasi, Zaki Ahmed, menasihati pasangan itu, tetapi usahanya ternyata tidak berjaya.

Suami mengatakan bahawa dia dan keluarganya malu dan bosan dengan rutin ini dan sejak itu memutuskan untuk mengajukan cerai.

 

Baca : “Suami pun dah berhenti kerja” – Netizen ‘Happy’ Tengok Kejayaan Sugu Pavithra, Dah Pindah Rumah Sewa Lebih Besar & Selesa

Sugu

Sumber: Terminix

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.