in

Lelaki Ini Bekerja Sebagai ‘Relationship Breaker’ Antara Suami & Perempuan Simpanan, Siap Upah Pelakon Nak Jayakan

Lelaki Ini Bekerja Sebagai Relationship Breaker Antara Suami Perempuan Simpanan Siap Upah Pelakon Nak Jayakan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sayangnya, kes mengenai pasangan curang bukanlah sesuatu yang jarang didengari. Macam-macam kes kecurangan pernah kita dengar atau baca. Ada yang sampai membunuh bila syak atau lepas tahu pasangan mereka curang.


Tetapi, bagi seorang lelaki di China ini, dia menjadikan relationship breaker sebagai kerjaya hidupnya. Untuk pengetahuan, lelaki ini menggelar dirinya emotional counselor dan bertanggungjawab memusnahkan hubungan antara lelaki yang sudah berkahwin dengan wanita simpanan mereka.

Emotional Counselor China E1618718744839

Kerjaya unik yang dimulakan Xiao Sheng, 31, ini difahamkan semakin berkembang dan kini beliau mempunyai lapan orang pekerja termasuklah pengalisis situasi dan customer service manager. Malah, beberapa pelakon dan pengarah juga bersedia untuk membantu lelaki ini menjayakan beberapa babak bagi memastikan sesuatu hubungan antara suami dan wanita simpanan mereka berakhir.

Mungkin business ini kedengaran tak masuk akal tapi servis yang dilakukan lelaki ini mampu mengaut keuntungan yang tinggi. Secara purata, satu kontrak servis dianggarkan berjumlah 150,000 yuan (RM94,909)!

Pernah ‘organize’ ‘getaway’ pendek sebelum cuba pisahkan suami dengan perempuan simpanan

Emotional Counselor China2 E1618718865460

Menurut Oddity Central, Xiao Sheng pernah diupah seorang wanita yang mahu ‘menghapuskan’ perempuan simpanan suaminya. Lalu, Xiao Sheng telah menyamar menjadi seorang vacation planner yang menawarkan short getaway kepada pasangan suami dan isteri ini.

Ketika sedang bercuti, seorang stranger akan menghantar surat kepada si suami yang memberi amaran supaya memutuskan hubungan dengan perempuan simpanannya kerana mistress itu sebenarnya sudah ada boyfriend baru.

Untuk memastikan plan ini berjaya, beberapa gambar yang telah diubah suai telah dikepilkan sekali sebagai bukti perempuan simpanan si suami benar-benar sudah ada pacar baru.

Breakup 904X640 1 E1618719244235
Gambar hiasan

Difahamkan, sejurus sahaja pulang daripada bercuti selama 10 hari bersama isterinya, si suami terus memutuskan hubungan dengan perempuan simpanannya. Sehingga hari ini, dia langsung tidak tahu bahawa ini semua hanyalah satu scenario yang telah dirancang Xiao Sheng atas arahan isterinya.

Kalau anda nak tahu, untuk servis itu, Xiao Sheng dibayar 200,000 yuan (RM126,545). Mungkin jumlah itu kedengaran terlalu tinggi tapi si isteri tidak kisah membayarnya asalkan perempuan simpanan sudah tidak menganggu rumah tangganya lagi.

Pun begitu, bukan semua job yang diterima mereka mampu dijamin hasilnya.

Pernah ‘approach’ perempuan simpanan secara ‘direct’ & cuba yakinkan untuk putuskan hubungan

Terang Xiao Sheng lagi, kadangkala, dia dan pekerjanya tidak perlu untuk merancang plan yang terlalu elaborate. Ada masanya mereka akan pergi berjumpa dengan perempuan simpanan suami client mereka dan cuba untuk meyakinkan mereka supaya memutuskan hubungan.

Pernah juga Xiao Sheng mengupah pelakon yang kacak untuk menggoda si perempuan simpanan. Gambar mereka bersama kemudiannya akan diambil secara rahsia sebelum dihantar kepada si suami sebagai bukti kononnya mistress mereka curang.

Malah, lelaki ini juga mendedahkan pekerjaannya memerlukan dia dan pekerja mengekori perempuan simpanan untuk mengetahui jika wanita itu mempunyai sebarang rahsia yang boleh digunakan.

Sumber: Oddity Central

Baca: Boleh Dapat Hampir RM390 Satu Sesi, Kenali Morimoto Shoji Yang Sewakan Diri ‘Untuk Tak Buat Apa-Apa’

Boleh Dapat Hampir Rm390 Satu Sesi Kenali Morimoto Shoji Yang Sewa Diri For Nothing E1618718647189

Sumber: eHarmony

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.