in

Boleh Dapat Hampir RM390 Satu Sesi, Kenali Morimoto Shoji Yang Sewakan Diri ‘Untuk Tak Buat Apa-Apa’

Boleh Dapat Hampir Rm390 Satu Sesi Kenali Morimoto Shoji Yang Sewa Diri For Nothing E1618718647189

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang diberi pilihan untuk kerja apa sahaja dalam dunia ni, apa pilihan korang?

Bagi seorang lelaki dari Jepun ni, selepas dia membuat keputusan untuk berhenti bekerja sebagai penulis dan editor bahan mengajar, dia mula mendapat inspirasi untuk menyewakan dirinya di laman sosial Twitter untuk tidak lakukan apa-apa.


Yes, korang baca betul. Lelaki berusia 37 tahun ni sudah menyewakan dirinya semenjak tahun 2018 lagi. Job scope-nya hanyalah makan, minum dan membalas dengan ringkas sekiranya pelanggan menanyakan soalan.

Shoji Morimoto E1612684557851

Caj 10,000 yen (hampir RM390) termasuk makanan, minuman dan kos pengangkutan bagi satu sesi

Menurut Morimoto, semenjak dia memulakan ‘perniagaan’ ini pada tahun 2018, lelaki itu sudah menerima kira-kira 3,000 requests.

Shoji Morimoto 1 E1612688160681

Tambah Morimoto lagi, dalam satu hari, selalunya dia akan berjumpa dengan dua hingga tiga clients. Kebiasaannya, Morimoto akan menghabiskan masa dua sehingga tiga jam bersama setiap pelanggan. Namun begitu, tiada had masa sebenarnya yang ditetapkan oleh lelaki ini.

“Semasa saya ‘bekerja’, saya akan teman pelanggan buat apa saja yang mereka perlu. Saya akan menjawab soalan mereka, dengar cerita mereka dan mengangguk bila perlu,” kata Morimoto.

Mengaku pada mulanya dia agak kekok, namun, lama-kelamaan ‘pekerjaan’ yang dilakukannya sudah menjadi kebiasaan.

Hari-hari bekerja bagi Morimoto juga berbeza-beza. Kadangkala dia hanya duduk dan makan bersama client yang menceritakan kisah kecurangan mereka. Ada masa pula, Morimoto pernah menemani client menaiki helikopter dan pergi ke Disneyland.

Shoji Morimoto 1 1 E1612688461222

Terang Morimoto, kadangkala dia diupah untuk menjadi moral support buat pelanggannya. Contohnya, seperti ada client yang meminta untuk ditemani saat menghantar borang cerai atau melawat pesakit yang baru cuba membunuh diri di hospital.

“Saya rasa sesetengah orang hanya mahukan kehadiran individu lain dengan mereka.”

Shoji Morimoto 2

Menurut Morimoto, suatu masa dahulu, dia pernah mencuba melakukan pelbagai perkara tetapi tiada apa yang sesuai dengan dirinya.

“Saya rasa saya tak sesuai untuk buat banyak perkara. Jadi, saya putuskan untuk betul-betul tak buat apa-apa,” katanya.

Walaupun begitu, servis menyewa diri yang dilakukan Morimoto telah mendapat perhatian ramai masyarakat di Jepun. Malah, dia turut muncul di media tempatan beberapa kali.

Tidak cukup dengan itu, kisah kehidupan Morimoto turut menjadi inspirasi sebuah siri televisyen bertajuk Rental Nan mo Shinai Hito (Rent-a-Person Who Does Nothing).

Shoji Morimoto 3 E1612688953252

Apabila ditanya mengenai ‘job’ sekarang, Morimoto mengaku ini adalah kali pertama dalam hidupnya dia berasa sangat berpuas hati dengan sesuatu pekerjaan.

“Ada banyak cara saya boleh lakukan pekerjaan saya. Jadi, saya tak akan pernah bosan. Malah, saya juga boleh buat perkara yang sebelum ni saya tak pernah bayangkan,” katanya.

Apa pendapat korang?

Sumber: VICE

Baca: Bau Ketiak Pun Dapat Duit? Ini 5 Pekerjaan Paling Pelik Dalam Dunia

Cats 20 E1612683108496

Sumber: mainichi.jp
Sumber: VICE

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.