in

“Dia bonceng mayat 15km” – Lepas Kemalangan Langgar Kerbau Pukul 3.30 Pagi, Remaja ‘Hantar’ Mayat GF Depan Rumah

Bonceng Mayat

Tindakan seorang remaja menunggang motor membawa teman wanitanya bersiar-siar pada awal pagi bertukar tragedi apabila gadis itu maut akibat kemalangan.

Menurut Harian Metro, kedua-dua remaja berusia 17 tahun itu dikatakan keluar sebelum terlibat dalam kemalangan dengan kerbau di depan sebuah kilang sawit dekat Felda Keratong 3 kira-kira jam 3.30 pagi.

Mayat4

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azari Miskun berkata mereka keluar menaiki motosikal Yamaha LC dan selepas kemalangan suspek yang dalam ketakutan membuat keputusan untuk ‘bawa pulang’ dengan membonceng mayat teman wanitanya yang maut akibat kecederaan parah di kepala itu sejauh 15 kilometer.

“Kenderaan dinaiki mangsa bertembung dengan seekor kerbau yang baring di tengah jalan. Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan paha dan tidak sedarkan diri.”

Selepas kemalangan, suspek menunggang motosikal yang sama menuju ke rumah keluarga teman wanitanya di Felda Keratong 10 dan meninggalkan mangsa di garaj.

Mayat2

“Suspek tidak memaklumkan kepada keluarga mangsa berkaitan kejadian berkenaan kerana terlalu takut sebelum terus beredar selepas kejadian.”

“Kira-kira jam 10 pagi, datuk mangsa yang sedang meletakkan kenderaan di garaj berkenaan menemui mayat cucunya yang dibungkus dengan kain sebelum menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.”

Mangsa merupakan anak sulung dari empat orang adik beradik dan siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

Suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut dan polis turut merampas motosikal Yamaha 135 LC tersebut. Mayat telah dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk proses bedah siasat.

Baca: “Allah kesiannya…” – Misteri Kehilangan Lelaki Terjawab, Ditemui Maut Lepas 5 Hari Kemalangan di Tepi Lebuhraya Jalan Kota Tinggi-Mersing

Accident 1

Sumber: Harian Metro