in

Lelaki Hampir Bankrap Terpaksa Turuti Permintaan Tunang Mahukan Majlis Perkahwinan Mewah

Cina

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi. Kredit: lovemydress.net

Majlis perkahwinan seharusnya menjadi majlis penyatuan dua hati. Tetapi, majlis itu membabitkan perancangan yang sangat panjang, teliti dan melibatkan jumlah wang yang sangat banyak terutamanya jika anda mahukan majlis yang mewah!


Menurut World of Buzz, seorang lelaki bernama Sam berkongsi kesilapan perancangan majlis perkahwinannya bersama tunang di Facebook dan meminta nasihat netizen.

Cina4 1
gambar hiasan

Melalui status itu dia menulis,

“Bulan depan saya akan meminta restu kedua ibu bapanya untuk melamarnya. Kami bersetuju perkahwinan itu akan menjadi majlis yang ringkas tetapi sekarang dia mahukan semuanya yang terbaik (mewah).

“Dia mahukan videographer, jurumekap terhebat, percutian bulan madu dan semuanya yang terbaik. Permintaan lain termasuklah mas kahwin sebanyak RM10,000, 10 meja bankuet, bayaran untuk semua penginapan saudara mara di luar bandar dan videographer untuk hari perkahwinan itu nanti. Saya hanya mahukan jurugambar tetapi dia berkeras mahu upah videographer.”

Cina2
gambar hiasan

“Patutkah saya batalkan perkahwinan ini? Segalanya sudah melebihi bajet dan saya tidak mampu. Atau patutkah saya teruskan dengan perkahwinan ini dan gunakan kad kredit? Saya sudah berbincang dengannya dan dia tidak mahu berkongsi perbelanjaan (perkahwinan) dengan saya. Apa patut saya lakukan? Adakah permintaan ini semua normal untuk perempuan?”

Sam turut berkata bahawa tunangnya telah memilih jurumekap paling mahal yang menelan kos sebanyak RM1,288 walhal pilihan yang murah juga ada dengan harga RM900.

Cina3 1
gambar hiasan

Majoriti netizen yang komen berkata dia seharusnya berbincang tentang masalah kewangannya bersama tunang kerana majlis itu hanyalah permulaan kepada perjalanan bersama dan masih panjang lagi perjalanan yang harus mereka tempuhi. Sam berkata, “Saya sudah cuba (berbincang), tetapi setiap kali kami bercakap tentang duit, ianya berakhir dengan pergaduhan.”

“Jika saya berkahwin dengan mengikut segala permintaannya, saya akan jadi bankrap.”

Kebanyakan orang berkata, “Apa guna berkahwin dan berhutang keliling pinggang? Dia tidak pandai berfikir bagi pihak anda. Mungkin anda tidak patut berkahwin dengannya langsung.”

Mereka juga berkata bahawa kebanyakan orang zaman sekarang suka mengadakan majlis mewah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi selepas itu mereka akan miskin dan mungkin bercerai akhirnya.

Cina1
gambar hiasan

Tetapi, ada juga penyokong yang percaya bahawa tunang Sam itu benar dan tidak melebih dalam permintaannya. Mereka berkata, “Perkahwinan seharusnya menjadi majlis sekali seumur hidup, jadi ianya natural jika dia mahu jadikan majlis itu diingati sampai bila-bila. Permintaan itu semua normal.”

Apa pendapat anda? Adakah anda rasa segala permintaannya itu tidak melampau?

Baca: Pasangan Dari Bukit Mertajam Bunuh Diri Kerana Tertekan Hutang Ah Long Sebanyak RM100,000

Cina5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.