in

“Sayangnya arwah abah tak sempat tengok…” – Kisah Dua Generasi Terlibat Projek LRT Undang Sebak Netizen

Syaz Ft 2026 07 01T171148.065

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Apabila ribuan pengguna menaiki LRT3 buat pertama kalinya pada minggu ini, bagi seorang jurutera penyelenggaraan bernama Emir Irfan Mohd Zufri, ia merupakan satu detik yang amat bermakna buat dirinya. Mana tidaknya, pemuda berusia 32 tahun ini sebenarnya sedang meneruskan legasi dan perjalanan yang telah dimulakan oleh arwah bapanya hampir tiga dekad yang lalu.

Menerusi satu hantaran di laman Threads yang tular baru-baru ini, Emir yang berasal dari Shah Alam telah berkongsi dua keping gambar parallel yang diambil dalam jarak masa hampir 30 tahun.


Artikel berkaitan: LRT 3 Dalam Fasa Akhir Ujian, Dijangka Mula Beroperasi Hujung Tahun

Artikel berkaitan: Isu Kerosakan LRT Rapid KL Jadi Topik Hangat, Netizen Di Threads Kongsi Cadangan Yang Boleh Diperbaiki

Gambar Dua Generasi Yang Menyentuh Hati

Gambar pertama (1997) memaparkan arwah bapanya ketika berada di dalam tren SkyTrain di Vancouver, Kanada untuk menjalani latihan pengujian dan pentauliahan (T&C) bagi sistem rel bandar tanpa pemandu pertama Malaysia, iaitu Projek LRT2 (kini dikenali sebagai Kelana Jaya Line) sebelum ia mula beroperasi pada tahun 1998.

Manakala gambar kedua pula memaparkan Emir sendiri yang berada di dalam tren LRT3 semasa fasa T&C dijalankan sebelum laluan Shah Alam tersebut dibuka secara rasmi kepada orang ramai.

 

View on Threads

 

“Repeating the same story. Gambar 1: Arwah abah masa training n testing untuk projek LRT2 @ Putra LRT @ Kelana Jaya Line, kena training dekat Vancouver. Circa 1997.

Gambar 2: Aku sendiri masa kena follow buat T&C train untuk LRT3 bg faham sistem utk maintenance. Mcm2 T&C la kena tau,” tulisnya di kapsyen.

Menurut Emir, arwah bapanya telah mendedahkan diri selama 25 tahun dalam industri rel negara, bermula sebagai perancang operasi di Pusat Kawalan Operasi laluan Kelana Jaya sehinggalah meningkat naik ke jawatan pengurus.

Di penghujung kariernya, arwah turut menguruskan sistem hasil talian tersebut serta menyumbang kepakaran dalam fasa awal projek LRT3 sebelum bersara pada tahun 2021.

Walau bagaimanapun, apa yang meruntun jiwa netizen adalah apabila Emir mendedahkan bahawa bapanya tidak sempat untuk melihat projek LRT3 tersebut siap sepenuhnya.

“Sayangnya arwah abah tak sempat tengok projek LRT3 siap walaupun dah involve masa awal projek sebelum pencen 2021.

Masa abah ada lagi mmg kerap tanya progress LRT3. Mcm kena jawab dgn boss2 bila abah tanya tu,” luah Emir mengimbas kembali memori bersama arwah bapanya.

Menyingkap kembali perjalanannya, Emir yang menyertai industri rel pada akhir 2020 (bermula dengan MRT Putrajaya Line sebelum ke projek LRT3 pada 2023) mengakui beliau tidak pernah terfikir akan mengikut jejak langkah bapanya. Ini kerana beliau pada asalnya mengambil jurusan automotif ketika belajar dahulu.

Sumber: Threads, New Straits Times

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.