Sebuah rangkaian TV di Thailand bakal memberi pampasan kepada keluarga pekerja berusia 44 tahun yang meninggal dunia ketika bekerja di mejanya.
Pampasan 24 kali ganda daripada gaji bulanan
Thai News Network (TNN) pada Isnin mengumumkan bahawa pihaknya akan menghormati kematian Sarawut Srisawas dengan memberikan keluarganya 24 kali ganda gaji bulanan dan pembayaran insurans.
Sebuah rangkaian TV berkata ia akan memberi pampasan kepada keluarga pekerja berusia 44 tahun yang meninggal dunia bekerja di mejanya.
Rangkaian Berita Thai atau TNN pada Isnin mengumumkan bahawa ia akan menghormati kematian Sarawut “Burung” Srisawas dengan memberikan keluarganya 24 kali ganda gaji bulanan dan pembayaran insurans.
Sarawut adalah seorang pekerja kanan di TNN, dia ditemui mati di mejanya pada hari Jumaat lepas akibat serangan jantung.
Beliau disemadikan di Wat Mahawong Paknam di wilayah Samut Prakan. Mayatnya dibakar pada 8 Februari 2023 jam 5 petang.
Akaun Sarawut pertama kali disebarkan melalui laman Facebook, Jor Dub, yang mengikuti media Thailand.
Difahamkan, Sarawut telah bekerja lebih masa, Coconuts Bangkok melaporkan bahawa dalam masa sebulan, akan ada beberapa minggu dia bekerja selama 7 hari sebelum dia mula jatuh sakit.
“Walaupun dia dah ambil cuti sakit selama 2 hari, dia akan dipanggil semula ke stesen TV untuk bekerja, ini stesen TV ke neraka?” tulis sumber menerusi satu laman di Facebook.
Insiden itu tular di laman sosial dan pengurusan TNN dikecam teruk. Salah seorang wakil Persatuan Wartawan Thailand telah menggesa agensi berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai kejadian itu.
Dia menggesa beberapa organisasi yang seperti Suruhanjaya Penyiaran dan Telekomunikasi Kebangsaan dan Kementerian Buruh untuk jalankan siasatan.
Sebagai rujukan, undang-undang buruh Thai menetapkan bahawa jumlah maksimum waktu bekerja pekerja adalah 8 jam sehari dan tidak melebihi 48 jam seminggu.
Biarpun majikan dan pekerja ada persetujuan untuk mengatur waktu kerja yang lebih panjang untuk beberapa jenis kerja, tetapi jumlah bilangan jam dalam apa jua keadaan tidak boleh melebihi 48 jam seminggu.
“Industri media mempunyai budaya kerja yang berisiko melanggar undang-undang buruh, terutamanya media dalam talian yang sangat kompetitif,” kata Naib Presiden Persatuan Wartawan Thailand, Teeranai Charuvastra.
“Inilah masalah yang sudah lama diketahui dalam kalangan mereka yang bekerja dalam industri media tetapi ia masih berlaku sepanjang masa. Oleh itu, isu ini wajar diberi perhatian dan boleh diselesaikan dengan cara yang konkrit dan lebih cepat.”
Baca : Ibu Bapa Sedih Dapat Tahu Anak Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Sindiket Kerja di Thailand