in

Ibu Bapa Sedih Dapat Tahu Anak Meninggal Dunia, Jadi Mangsa Sindiket Kerja di Thailand

Anak Hilang Di Bangkok Rupanya Meninggal Dunia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu bapa mana yang tak luluh apabila mendapat tahu anak yang hilang rupa-rupanya sudah meninggal dunia berbulan yang lalu dan lebih menyedihkan anak mereka juga telah menjadi mangsa daripada sindiket penipuan kerja.


Menurut Bernama, pasangan suami isteri iaitu Goi Chee Kong, 50, dan isterinya, 45, dari Ipoh, Perak telah ke Bangkok, Thailand untuk mencari anak lelaki mereka yang hilang.

Anak Meninggal

Namun pasangan ini terkejut apabila mendapat tahu, Zhang Feng, 23, sudah pun meninggal dunia pada 11 Mei lalu di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand- Myanmar.

“Doktor percaya anak saya didera sebelum ditinggalkan di hospital” 

Menurut pasangan terbabit, anak mereka dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja untuk sindiket itu.

Pasangan ini juga memberitahu yang mereka telah berlepas ke Bangkok pada 30 Ogos dan dijadualkan ke Mae Sot pada hari berikutnya untuk bertemu dengan anak mereka.

Kami diberitahu anak kami sakit dan menerima rawatan di hospital. Jadi, saya dan isteri datang ke Bangkok untuk bawa dia pulang ke Malaysia bagi dapatkan rawatan. 

“Bagaimanapun, kami diberitahu dia meninggal dunia pada jam 2 pagi, 11 Mei. Doktor percaya anak saya didera sebelum ditinggalkan di hospital pada 11 April,” katanya.

Anak mereka kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital itu dengan menggunakan nama dan pasport palsu.

Oleh sebab itu juga pihak hospital tidak dapat menghubungi kedutaan dan keluarga untuk membincangkan mengenai kesihatan dan rawatan anaknya.

“Disebabkan tidak mendapat rawatan lanjut, sebulan kemudian dia meninggal dunia. Jasadnya dikebumikan di tanah perkuburan di Si Racha di wilayah Chonburi,” katanya lagi.

Perlu jelas tunggakan bil hospital RM40,000, keluarga harap dapat bawa pulang abu anak 

Ibu bapa kepada mangsa ini berharap mereka dapat membawa pulang abu anak mereka ke Malaysia dengan secepat yang mungkin.

Walau bagaimanapun, mereka juga perlu menjelaskan tunggakan bil hospital sebanyak RM40,000 sebelum boleh mendapatkan sijil kematian untuk jalankan ujian DNA dan pembakaran mayat.

Dengan bantuan ADUN Teruntum, Sim Chon Siang yang berada di Bangkok, satu kempen diadakan dan mereka berjaya menngumpul RM50,000 dalam tempoh 22 jam.

Missing Son0409 1662264114

Zhang Feng yang juga pelajar tahun akhir Institut Pendidikan Guru (IPG) itu sebelum ini telah berlepas ke Bangkok untuk bercuti pada 19 Januari lepas dan bertemu dengan rakan yang dikenalinya melalui media sosial.

Dia yang sepatutnya pulang ke Malaysia pada 5 Februari itu tidak kunjung tiba dan dilaporkan hilang pada 7 Februari.

Semoga urusan keluarga mangsa dipermudahkan. Kasihan ibu ayahnya pulang membawa jasad anak yang tidak bernyawa. 

Baca: Termakan Janji Manis Gaji Lumayan Kerja Oversea, Lelaki Dikurung Sindiket Online Lebih Setahun

Penipuan

Sumber: Bernama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.