in

Lelaki Ditahan Polis, Tergamak Paksa Isteri Layan Nafsu Lelaki Lain

Ft Suami Ditantgkap Paksa Wanita

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia 36 tahun telah ditahan oleh pihak polis selepas dia tergamak memaksa dan ugut isterinya sendiri untuk menjadi tempat pemuas nafsu lelaki lain.

Menurut polis, kes tersebut mula terbongkar selepas mangsa sendiri cuba memberanikan diri membuat laporan kepada mereka pada Khamis lepas.


Artikel berkaitan: Lepas Isu ‘Scam’ Hartanah, Pelakon & Suami Ditahan Lagi Pasal Kes Penjualan Lembu

Artikel berkaitan: Suami Ditahan Bantu Siasatan Kes Bun*h Isteri Dan Anak Perempuan Di Bukit Mertajam

“Suspek dipercayai melakukan perbuatan melanggar undang-undang apabila memaksa isterinya melakukan hubungan seksual dengan lelaki lain.”

“Selain itu, dia juga mengancam dan membuat ugutan sekiranya mangsa tidak mengikut kehendaknya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Padang, Kompol M Yassin.

Menurut sumber, kes ini dilaporkan berlaku di Sumatera Barat, Indonesia.  Difahamkan, ugutan itu menjadi penyebab mangsa mengalami tekanan emosi dan ketakutan yang melampau sehingga terpaksa menuruti kehendak suaminya biarpun ia bukan kemahuannya.

Namun begitu, mangsa akhirnya memilih untuk mendapatkan perlindungan undang-undang selepas tidak tahan menanggung tekanan tersebut.

Ft Indonesia

Suspek telah ditetapkan sebagai orang kena tuduh dan polis menggunakan beberapa peruntukan undang-undang berkenaan dnegan keganasan rumah tangga serta jenayah lain.

Antara pertuduhan berikut adalah Seksyen 46 Akta Nombor 23, tahun 2005 mengenai Penghapusan Keganasan Dalam Rumah Tangga bersama Seksyen 473 Undang-Undang Nombor 1 Tahun 2023 mengenai kanun jenayah.

Tambah Kompol M Yassin lagi, pihak polis bukan sahaja menjalankan penguatkuasaan undang-undang, mereka juga memberikan perlindungan kepada mangsa terutama dalam kes melibatkan keganasan rumah tangga.

Sumber: mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.