in

Lelaki Cari Jodoh ‘Demand’ Mahu Gadis Ada MUET Band 4, Ramai Setuju Sebab…

lelaki cari jodoh ada muet band 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang mengakui pada zaman sekarang agak susah nak mencari pasangan yang serasi dan boleh menerima baik buruk seseorang itu seadanya.

Oleh itu, ada sesetengah pihak sudah menetapkan siap-siap ciri jodoh pilihan hati mereka supaya tidak tersalah pilih dan sekufu dengan pemikiran dan cara hidup mereka.


Nak jodoh yang ada MUET band 4? 

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang lelaki berusia 24 tahun yang sedang mencari jodoh telah memuat naik ciri-ciri gadis pilihan yang dimahunya.

Menurut posting tersebut, lelaki itu bekerja di Kuala Lumpur, seorang ‘family person’ dan penyabar.

Manakala dia pula menginginkan pasangan yang berusia antara 20-30 tahun, mempunyai atau sedang mengambil degree, aktif dan berminat dengan perkara intelektual (open minded dan mempunyai pendirian).

Namun satu ciri yang ditetapkannya menjadi perbualan ramai ialah dia juga mahukan gadis yang mempunyai sijil Malaysia University English Test (MUET) band 4. Uish lain macam ni! 

Selain itu, lelaki ini juga menyatakan apa yang dia mahu daripada perhubungan tersebut termasuklah nilai kejujuran, saling memahami, menghormati, bertanggungjawab, bersedia untuk berbincang mengenai apa-apa masalah dan sanggup belajar perkara baru mengenai diri masing-masing.

Ramai kecam tapi ada yang boleh relate sebab… 

Posting tersebut ternyata mendapat perhatian para netizen di Twitter yang mana rata-rata mempersoal sebab di sebalik kriteria tersebut.

Pun begitu, ramai juga yang setuju dengan tindakan lelaki ini dan berkongsi pengalaman mereka berhadapan dengan pasangan yang tidak ‘sekufu’.

Ada di antaranya berasa bingung bila pasangan tak faham bahasa Inggeris walaupun bercakap guna laras bahasa yang paling mudah.

jodoh muet

Apa pendapat korang mengenai isu ini? Penting ke keputusan MUET untuk cari pasangan? 

Baca: Gadis ‘Throwback’ Bibit Pertemuan Dengan Bakal Suami, Tiba-Tiba Ramai Mahu Dilanggar Jodoh Juga

jodoh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.