in

Lelaki Beli PS5 Online Hingga Sanggup Bayar 2X Ganda, Sekali Yang Sampai Batu Konkrit Besar

Collage 13 E1608452932480

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak PlayStation 5 dilancarkan haritu, ramai gamers yang berebut untuk beli sampai habis stok! Malah dekat Amerika Syarikat pun stok PS5 ni sangat terhad sampaikan orang sanggup bayar lebih hanya untuk jadi pemilik konsol permainan ini.


Salah seorangnya adalah lelaki dari Orem, Utah ni. Dia telah memesan PS5 di eBay dengan harga $878 (RM3,572) dua kali ganda lebih mahal dari harga pasaran.

Teruja dapat memiliki PS5 keluaran baru ini, lelaki ini memang tak sabar nak buka kotak PS5 yang sampai ke rumahnya itu, tapi malangnya bila dia buka, kotak tu hanya diisi dengan batu konkrit besar sahaja. Allahu…

Concrete Block Japan

Ekoran ditipu penjual, lelaki malang ini telah pun membuat laporan polis dan pihak polis mengatakan lelaki ini tak perlu risau kerana dia akan dapat balik wang yang telah diberikan kerana platform eBay mempunyai perlindungan pembeli/penjual, lapor News Break.

Namun pihak polis menasihatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati ketika membeli barangan di dalam talian, lebih-lebih lagi kalau tak ada review.

Dah 2020 pun still tak reti nak tengok review dulu sebelum beli. Dah tahu nak beli benda mahal, kenalah hati-hati sikit…

 

Baca: “Nak buat jugaklah, mana tahu…” – BF Buat Surprise, Belikan Semua Barang Dalam Cart Online Shopping GF

Screenshot 2020 12 08 At 2.36.25 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.