in

Lebih Separuh Populasi Malaysia Akan Lengkap Vaksinasi Menjelang Hari Merdeka – Dr Hisham

Collage 46

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dr Noor Hisham Abdullah menjangkakan, lebih dari separuh populasi di Malaysia akan lengkap divaksinasi menjelang 31 Ogos nanti.


Menurut NST, melihat kepada kadar vaksinasi di negara ini sekarang, tak mustahil kadar vaksinasi melebihi 50% dapat dicapai.

Bila kita fokus kepada Kapasiti Lonjakan Operasi, kes harian yang dilaporkan di sana adalah lebih 70% dari keseluruhan negara.”

81624706067 Noorhishamabdullah

Katanya, sejak operasi ini dijalankan 17 Julai lalu, keputusan menunjukkan sepanjang empat ke lima minggu, kes yang memerlukan kemasukan ke hospital telah berkurangan secara mendadak di Lembah Klang.

Malah jumlah kes baru di Lembah Klang juga hanya menyumbang 1 per tiga daripada keseluruhan kes dan pada 25 Ogos, Kuala Lumpur dan Selangor mencatat kes baru sebanyak 7,453 daripada 22,642 kes keseluruhan.

Bagi mencapai sasaran lebih 50% ini, Dr Hisham mengatakan pihaknya akan memperhebatkan usaha mereka di negeri-negeri lain yang menunjukkan peningkatan kes secara mendadak seperti di Sarawak, Sabah, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Johor.

Usaha ini masih giat dijalankan dan kami berharap dapat mencapai lebih dari 50% kadar vaksinasi menjelang 31 Ogos.”

 

Baca: “Banyak tempat buka bukan sebab selamat tapi kerana ekonomi” – Dr Hisham

Screenshot 2021 08 27 At 3.12.05 Pm

Sumber: Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.