Seperti yang ramai tahu, tuntutan membayar zakat adalah wajib bagi sesetengah golongan yang beragama Islam. Hasil kutipan zakat juga akan disalurkan kepada mereka yang layak menerima wang zakat.
Namun, satu kes di Perak melibatkan sebuah syarikat pengutip zakat yang didakwa ‘songlap’ duit zakat yang sepatutnya diagihkan bermula Mac 2023 hingga September 2023.
Menurut laporan Buletin TV3, jenayah tersebut juga melibatkan empat kes yang lain dan masih disiasat oleh pihak polis dengan jumlah yang belum dipulangkan iaitu sebanyak RM9,714,182.
Kes zakat di Perak dalam nilai tertinggi
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, dariapada jumlah tersebut, dua kes lagi dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.
Kes di Perak mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM9,629,682. – katanya.
Dalam kes tersebut, syarikat yang dilantik oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dikatakan gagal melunaskan tanggungjawab mendepositkan wang zakat.
Duit zakat masuk poket sendiri
Pihak polis juga merakam keterangan pihak syarikat berkenaan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan. Ramli Mohamed turut berkata, wang zakat tersebut diselewang oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab.
Artikel berkaitan: Aeril & Wawa Dituduh Riak Tunjuk Bayar Zakat Perniagaan RM1.15 Juta, Ini Respon PU Amin
Artikel berkaitan: Curi Wang Zakat Bernilai RM22k, 4 Lelaki Indonesia Ditahan Polis
Amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang terbabit.
Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah supaya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) juga memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah bahawa tindakan tegas akan diambil selaras dengan peruntukan undang-undang bagi memastikan jenayah ini tidak berulang lagi.
Sumber: Buletin TV3