in

“Lebih banyak mati sebab denggi dan malaria” – MB Kedah Mahu Rakyat Henti Salahkan Kerajaan Negeri Isu COVID 19

Mati Sebab Covid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peningkatan kes COVID 19 di negeri Kedah membuatkan orang ramai mula rasa tidak puas hati dengan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri tersebut terhadap isu wabak ini.


Walau bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Mohd Nor berkata, kerajaan negeri tak boleh dipersalahkan atas lonjakan kes di negeri itu kerana ia bukan sesuatu yang dapat dijangkakan. 

Hal ini dinyatakannya lepas Kedah mencatatkan 153 kes semalam, yang mana kebanyakannya dikesan di penjara Alor Setar.

845404

“Kluster Tembok ni, orang kata Kedah tak pandai buat kerjalah, apa. Kita nak buat macam mana? Benda tu nak mai. Benda tu tak nampak.

Kita bukan nak dosa apa. Dia pandemik dan ada orang mati lebih banyak denggi, malaria, H1N1, taun, TB (batuk kering)…dan apa lagi yang tidak ada ubat nak merawatnya pun.

“Lama-kelamaan kita kena terima Covid-19 ni ada di sekitar kita dan kita menimbulkan stigma yang berlebihan,” katanya.

41597059180 Muhammadsanusimdn

Tambah Muhammad Sanusi lagi, pesakit COVID 19 kini lihat seperti orang yang melakukan dosa walaupun mereka tak buat apa-apa ketika dijangkiti.

Malah pesakit HIV/AIDS juga diterima masyarakat walaupun mereka kemungkinan dijangkiti disebabkan aktiviti yang tidak bermoral.

“Pandangan awam sekarang seolah-olah orang yang positif Covid buat dosa dan patut dikecam, termasuk menteri agama pun orang kecam…bukan dosa apa, dia terkena.

“Siapa pun yang minta kena Covid? Tuan-tuan pun tak minta. Kalau di kalangan tuan-tuan ni ada yang kena Covid, bukan kehendak kita.

“Kita buat kerja, tiba-tiba terkena kepada pandemik. Ini bukan Aids atau HIV (yang mana) antara penularan HIV ni (dari) seks songsang. Ini haram, tak boleh, dosa,” katanya.

Hmm… apa-apapun yang terbaik sekarang ni kita berilah sokongan padu kepada frontliners yang bekerja siang dan malam untuk membanteras wabak ini. 

Baca: Kes Harian Penjara Meningkat, Sehingga Kini 1,126 Kes Aktif Covid-19 Dilaporkan Di Penjara Sahaja

Penjara2

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.