in

Kes Harian Penjara Meningkat, Sehingga Kini 1,126 Kes Aktif Covid-19 Dilaporkan Di Penjara Sahaja

Penjara2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, sehingga kini sebanyak 1,126 kes aktif Covid-19 di penjara sahaja! Ia membabitkan banduan dan kakitangan penjara dari seluruh negara setakat ini.


Tambah beliau, penularan virus itu dalam kalangan banduan di Penjara Tawau, Sabah. Ia bermula apabila salah seorang daripada mereka yang baru diterima dari Lahad Datu, disahkan positif pada 2 Oktober lalu.

 

Kluster di Penjara Alor Setar pula dikesan pada 29 September lalu. Jabatan Penjara mengambil serius peningkatan kes positif di penjara itu yang kini membabitkan jumlah terbesar dalam kalangan banduan di sebuah penjara.”

Disebabkan itu, BERNAMA melaporkan bahawa Jabatan Penjara kini sedang mengambil segala langkah mengikut SOP yang telah ditetapkan KKM bagi merawat, kuarantin dan mencegah tular wabak itu dalam segala aspek.

Katanya lagi, langkah-langkah tertentu juga akan dilaksanakan bagi memperketatkan SOP di penjara melalui Perintah Tetap Komisioner Jeneral Penjara.

“Ia termasuk pesalah kes dadah mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya, dikeluarkan dari penjara dan ditempatkan di beberapa kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diwartakan sebagai penjara sementara.”

Kem PLKN disasarkan boleh menampung sehingga 2,000 hingga 2,800 banduan. Oleh itu, beliau menyeru agar orang awam dari luar penjara supaya bertenang kerana penularan Covid-19 ini berlaku di kawasan larangan dan tertutup malah ia dikawal dengan ketat.

“Orang awam diminta memberi keyakinan penuh terhadap langkah segera yang diambil Jabatan Penjara bawah kawal selia ketat pihak KKM dan agensi penguatkuasaan yang lain.”

 

Baca : “Tak boleh maklum jumlah dikuarantinkan” – Banduan Meninggal Dunia Akibat COVID-19 di Penjara Pulau Pinang

Ppp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.