in

“Lebih baik daripada tak ada langsung” – MB Perak Respon Kritikan Smartphone ‘Low Specs’

Saarani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohammad hari ini tampil beri respon kepada mana-mana pihak yang mempertikaikan kerajaan yang menyalurkan telefon pintar ‘berkualiti rendah’ kepada keluarga pelajar B40 dibawah naungan program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS).



Kata beliau, ia sekurang-kurangnya dapat membantu pelajar untuk menjalani sesi PdPR, lapor Malay Mail.

 

Lebih baik daripada tak ada telefon pintar langsung. Bayangkan, jika 20,000 pelajar yang tak ada telefon pintar langsung, bagaimana mereka nak ada kelas online?”

Saarani Perak Mbo 0505 1

Dalam pada itu, Datuk Saarani juga menjelaskan bahawa kesemua telefon pintar Yes Altitude 3 itu di dermakan oleh YTL Foundation.

“Telefon itu diberikan secara percuma. Kami tidak belanja se sen pun. Jika ada pihak yang mendermakan kepada kita saat kesulitan ini, lebih baik kita terima daripada berkata tidak.”

Katanya lagi, 100,000 unit model telefon pintar itu telah disumbangkan kepada pelajar oleh YTL Foundation untuk mengikuti kelas secara atas talian sejak PKP pertama pada Mac tahun lepas.

“Jika telefon pintar itu digunakan untuk mengikuti kelas online tahun lepas, saya tak tahulah apa yang menjadi masalahnya kalau gunakan telefon yang sama untuk tujuan yang sama”, katanya.

Ketika diminta untuk mengulas mengenai kejadian di mana salah satu telefon pintar yang diduga rosak, beliau mengatakan ia tidak memerlukan siasatan kerana hanya satu yang terbakar dari 100,000 yang diedarkan oleh YTL Foundation.

Semalam, Pengarah Komunikasi Pemuda Amanah Perak, Mohd Ikhmal Mohd Iskandar mengatakan bahawa 20,000 telefon pintar yang telah diberikan oleh kerajaan Perak kepada pelajar di negeri ini  tidak sesuai untuk pembelajaran dalam talian.

 

Baca : “Nak bantu bagilah yg berkualiti” – Syed Saddiq Tak Setuju Pelajar Diberi Phone Kualiti Rendah, Ada Cikgu Luah Rasa Kecewa

Ss

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.