in

“Nak bantu bagilah yg berkualiti” – Syed Saddiq Tak Setuju Pelajar Diberi Phone Kualiti Rendah, Ada Cikgu Luah Rasa Kecewa

Ft Telefonmurah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Melalui program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS), kerajaan Perak mengedarkan 20,000 telefon pintar kepada pelajar-pelajar daripada keluarga B40. Menurut Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata jenis telefon pintar yang diberikan adalah khusus untuk pembelajaran semata-mata.


Telefon pintar itu dipilih bagi mengelakkan daripada pelajar menggunakannya bagi tujuan bermain permainan video dan pelajar akan menggunakan aplikasi FrogPlay untuk PdPR atau tuisyen dalam talian. Katanya,

Sekiranya pelajar merungut telefon diberikan ini perlahan atau kualitinya tidak baik, saya percaya mungkin pelajar menggunakannya untuk bermain game dalam talian dan sebagainya memandangkan prestasi peranti ini sememangnya akan terjejas jika dipasang dengan aplikasi berat seperti ‘game’.”

Pdpr

 

“Nak bantu, bagilah yang ada kualiti”

Bagaimanapun, tindakan memilih telefon berkualiti rendah itu tidak dipersetujui ramai pihak termasuklah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq. Melalui Twitter, dia telah menyuarakan pendapat agar mana-mana pihak yang mahu menyumbangkan telefon pintar tidak bersangka buruk dengan pelajar.

Katanya, pelajar memerlukan telefon berkualiti kerana akan menggunakan pelbagai jenis aplikasi untuk tujuan pembelajaran selain turut berkata memberikan telefon kualiti rendah akan menyusahkan pelajar.

Sengaja beri telefon kualiti rendah kerana bersangka buruk dengan pelajar. Nak bantu, bagilah yang ada kualiti. Pelajar boleh belajar dari Google Meet, Telegram, YouTube, memory phone kena besar, nak buat video call dengan guru, etc etc.”

Pendapatnya itu turut disokong netizen yang memberi respon di Twitter dan ada yang turut menceritakan pengalaman adik diberikan telefon berkualiti rendah. Kata individu bernama Wani itu, telefon berkenaan cepat kehabisan bateri walaupun baru sahaja digunakan seketika.

Kom Phone

Selain itu, beberapa netizen turut berpendapat bahawa tidak salah jika seseorang pelajar mahu meluangkan masa untuk bermain game. Bukan sepanjang masa mereka perlu belajar dan mereka perlu melakukan sesuatu bagi menghilangkan stress, apatah lagi aktiviti sukan tidak semua dibenarkan ketika total lockdown ini.

Malah, ada guru yang turut menyuarakan rasa kecewa dengan hal itu kerana ianya menganggu murid nak belajar serta mengganggu guru untuk memberikan input yang berkesan kepada murid.

Kom Game

 

Baca: “Tunggu kerajaan lambat”- Syed Saddiq Umum Pakej Bantuan Khas Untuk Rakyat Muar, 100% Dari Gaji Bulan Jun & Hasil Niaga

Cats 104

Sumber: Harian Metro
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.