in

5 Tanda-Tanda Korang Sebenarnya Ketagih Dengan Telefon & Cara Mengatasinya

Collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Di zaman digital macam sekarang ni, telefon pintar dah jadi sebahagian penting dalam kehidupan kita. Ia membantu kita untuk kekal berhubung, berhibur dan mendapat maklumat.

Pun begitu, kebergantungan kita terhadap peranti juga mungkin dah termasuk dalam kategori tak sihat dan boleh dikatakan sebagai ketagih. Jadi, kalau korang antara orang yang sentiasa tengok telefon mungkin sekarang adalah masanya untuk nilai semula tahap penggunaan.


Dekat bawah ni adalah beberapa tanda yang korang mungkin dah ketagih dengan telefon pintar dan cara-cara untuk mengatasi masalah ini.

Artikel berkaitan: Kalau Korang Ada 7 Aplikasi Ni Dalam Phone, Korang Mungkin Sedang Diintip!

Artikel berkaitan: Ketatkan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Boleh Bendung Kes Buli?

1. Asyik nak check telefon

Salah satu petanda ketagihan telefon adalah apabila korang sentiasa rasa nak check telefon berulang kali walaupun tak ada notifikasi baru. Tabiat ni dah jadi macam satu refleks yang berlaku tanpa korang sedari.

Selain itu, korang juga mungkin akan rasa “gegaran berhantu” di mana korang rasa telefon korang bergegar atau berbunyi tapi sebenarnya tak. Perkara ini dipanggil sebagai “sindrom gegaran berhantu” yang merupakan indikasi jelas menunjukkan korang terlalu bergantung kepada peranti.

2. Anxiety telefon

60160694.Cms

Pernah tak korang rasa cemas atau tak senang duduk bila korang terlupa nak bawa telefon atau bila bateri telefon korang hampir nak habis? Rasa cemas ini juga boleh mengganggu mood dan daya tumpuan korang membuatkan korang susah nak fokus dengan tugasan lain.

Tak cukup dengan itu, kalau korang lebih senang abaikan perbualan langsung dengan orang sekeliling dan lebih suka tengok telefon, tindakan ini juga boleh menyebabkan hubungan korang dengan keluarga dan rakan-rakan terganggu.

3. Tak cukup tidur

Getty 514408535 105367

Gangguan tidur merupakan salah satu kesan dari ketagihan telefon. Kalau korang terlalu banyak menghabiskan masa dengan tengok telefon terutamanya sebelum tidur, ia akan buat korang susah nak tertidur atau dapat tidur yang nyenyak.

Selain itu, lampu biru dari skrin juga boleh mengganggu waktu tidur sampai boleh buat korang rasa letih dan kurang produktif. Kalau korang rasa susah untuk fokus dengan kerja atau pembelajaran, ini bermakna penggunaan telefon dah ganggu kehidupan korang.

4. Obses dengan media sosial

Screenshot 95

Korang rasa kehidupan korang bergantung dengan media sosial tak? Maksudnya, semua yang korang buat korang rasa perlu untuk update di media sosial dan korang juga tak stop tengok berapa likes dan comments yang korang dapat.

Ini tandanya selain korang ketagih peranti, korang juga ketagih nak dapat validation dari media sosial. Obsesi ini boleh menyebabkan korang lebih suka menghabiskan masa di dunia maya berbanding berpijak di bumi yang nyata.

5. Simptom fizikal

Why Is My Thumb Sore Fb.jpg

Penggunaan telefon yang berlebihan boleh menyebabkan berlakunya beberapa simptom fizikal seperti ketegangan pada mata, sakit leher dan sakit pada bahagian ibu jari. Kesemua simptom fizikal ini merupakan petanda untuk korang kurangkan penggunaan telefon.

Selain itu, kalau korang suka scroll tanpa tujuan sampai habiskan masa berjam-jam di telefon pun satu petanda yang korang ketagih. Know know korang dah habiskan banyak masa tengok Twitter atau TikTok tanpa sedar.

Kalau korang ada tanda-tanda dekat atas ni, dah tiba masanya untuk korang lakukan sesuatu untuk kurangkan ketagihan telefon ni. Antara perkara yang korang boleh buat adalah:

  • Tetapkan masa yang spesifik untuk guna telefon dan elak guna telefon masa tengah makan, berbual dengan orang dan sebelum tidur.
  • Tutup notifikasi dan hadkan notifikasi yang korang terima untuk kurangkan keinginan untuk korang check telefon secara berterusan.
  • Buat beberapa tempat dekat rumah korang sebagai zon bebas telefon seperti di bilik tidur dan di meja makan untuk menggalakkan perbualan dengan keluarga.
  • Banyakkan aktiviti offline seperti membaca, bersenam, luangkan masa di luar rumah untuk mengurangkan tabiat sentiasa nak tengok telefon.

Lagi satu, kalau korang tak boleh masuk tandas tanpa bawa phone, korang memang confirm ketagih dengan telefon, jadi bolehlah cuba buat cara-cara untuk kurangkan penggunaan telefon macam dekat atas ni. Confirm hidup korang akan lebih bahagia dan kurang rasa stress.

Sumber: RD

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.