in

“Lebih afdhal golongan anti vaksin dikuarantin dengan pesakit Covid-19”- Catriona Ross

Cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini Catriona Ross pernah menegur tindakan sesetengah rakyat yang tidak patuh SOP siap nak balik kampung lagi. Namun, baru-baru ini pelakon wanita ini sekali lagi memuat naik status di Ig Story di akaun Instagram miliknya dengan memerli golongan anti vaksin yang dilabel sebagai ‘penghasut vaksin’.


Perlian pelakon berusia 41 tahun ini bermula bila dia berkongsi infografik yang menjelaskan denda yang bakal dikenakan kepada golongan yang cuba menghasut individu lain untuk tidak mengambil vaksin.

“Penghasut boleh baca ni okay? Bawa bertaubat orang kampung kata.”

222

 

Cadang ditempatkan dengan pesakit Covid-19

Bukan itu sahaja, pemilik nama Catriona Norhayati Ross binti Bahrin Ross itu juga bagi cadangan supaya golongan anti vaksin ini diletakkan di dalam satu bilik dan dikuarantinkan bersama pesakit Covid-19.

“Lebih afdhal kalau penghasut vaksin itu diletakkan sebilik dan dikuarantin dengan pesakit Covid-19.”

11M

Dia beranggapan dengan cara itu mungkin boleh sedarkan mereka tentang pentingnya ambil vaksin untuk protect diri.

“Nak tengok juga macam mana. Mungkin akan berubah arah selepas itu?”

 

Sheikh pun ambil vaksin

Sementara itu, dia juga berkongsi artikel yang melaporkan Sheikh Abdulrahman Al-Sudais pun sudah divaksin. Imam masjid dekat Mekah pun dah vaksin, itu pun ada lagi orang cakap vaksin ni agenda Yahudi. Tak paham den..

555

Cartriona Ross tak sebut nama sesiapa atau tujukan perkongsian tersebut kepada mana-mana pihak pun. Korang anggap la perkongsian dia ni untuk masyarakat umum je.

Orang kata, siapa makan cili, dialah yang rasa pedas. Haa gituuu…

 

Sumber: Catriona Ross

Baca:”Klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se tu pid”- Suhaimi Saad Sound Catriona Ross, Selepas Muat Naik Video #rakyatgagal

Njn

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.