Masih belum reda dengan kes pembunuhan ngeri influencer dan model Hong Kong, Abby Choi yang dikatakan dilakukan oleh keluarga mertuanya sendiri.
Terbaru, Polis Hong Kong difahamkan mula ‘berkampung’ di tapak pelupusan sampah untuk mendapatkan bukti berkaitan pembunuhan kejam model ternama itu, sebelum ini bahagian badannya yang telah dikerat ditemui dalam peti sejuk dan periuk.
Menurut laporan Harian Metro, lebih 100 orang anggota dikerah bagi mencari anggota badan serta lengan dan operasi pencarian itu dikatakan akan berlarutan sehingga 2-3 hari.
https://www.instagram.com/p/CohAubPyHH9/
Tapak Pelupusan Wilayah Baru Timur Laut di Ta Kwu Ling itu terletak kira-kira 15 minit pemanduan dari Tanah Besar China dan operasi pencarian itu menggunakan jengkaut serta penyodok.
“Suspek membuang beberapa beg bukti penting pada pagi 22 Februari. Ia mungkin sebahagian daripada anggota badan manusia atau mungkin pakaian dan telefon mangsa, atau juga senjata,” kata Superintendan Alan Chung.
Difahamkan, setakat ini pihak polis belum menemui apa-apa yang besar, selain tulang di mana pihak polis tidak dapat memastikan sama ada ia milik manusia atau haiwan.
Baca: “Semua bermasalah” – Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang 5 Suspek Pembunuhan Kejam Abby Choi