in

“Semua bermasalah” – Ini Yang Korang Perlu Tahu Tentang 5 Suspek Pembunuhan Kejam Abby Choi

Collage 16

Kes pembunuhan model dan influencer Hong Kong, Abby Choi telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Bukan sahaja dia telah dibunuh dengan kejam, malah yang mengejutkan ramai, suspek yang ditahan polis juga merupakan keluarga mertuanya sendiri!

https://www.instagram.com/p/CSD3etEBCPu/?hl=en

Macam yang korang semua tahu, beberapa anggota badan Abby termasuk kaki telah ditemui di dalam peti sejuk di sebuah rumah sewa yang terletak di luar bandar Hong Kong. Manakala kepalanya ditemui di dalam periuk sup bersama lobak merah dan hijau.

Pihak polis di sana percaya yang mereka telah pun berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dengan pembunuhan Abby ini. Mereka adalah, bekas suami, bekas abang ipar, ibu dan bapa mertua model malang ini.

Selain itu, pihak polis turut menahan seorang wanita dipercayai perempuan simpanan bekas bapa mertua Abby dan sedang menyiasat sekiranya dia mempunyai kaitan atau tidak dengan pembunuhan yang berlaku.

Korang mesti tertanya-tanya macam mana dorang ni boleh tergamak membunuh dengan cara yang begitu kejam kan? Jom baca apa yang korang perlu tahu tentang kesemua suspek-suspek ni.

1. Alex Kwong, 28 (Bekas suami)

63Fc340B6D5F2 Alex Kwong 663 372

Media tempatan mengatakan bahawa Alex Kwong merupakan seorang penganggur dan menjadi orang buruan polis selama bertahun-tahun selepas gagal membayar ikat jamin dalam satu kes penipuan.

Dikatakan, dia telah terlibat dalam perniagaan emas dan dilaporkan telah menipu wang beberapa mangsa sejumlah HK$5 juta (RM2,856,514) dari tahun 2014 hingga 2015. Bukan tu je, Alex juga telah disaman sebanyak HK$1.6 juta (RM913,881).

Pada Sabtu lalu, polis telah menangkap Alex selepas mendapat tahu tentang rancangannya untuk melarikan diri menggunakan bot di Pulau Lantau. Ketika dia ditahan, lelaki ini mempunyai wang tunai sebanyak RM285,601 dan beberapa jam mewah bernilai lebih RM2 juta.

Alex dan Abby mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.

2. Anthony Kwong, 31 (Bekas abang ipar)

Anthony Kwong 1 27022023 2 1024X683 1

Kalau korang nak tahu, Anthony merupakan pemandu peribadi Abby Choi dan bekas rakan kongsi. Mereka sebelum ini merupakan pengarah yang memiliki syarikat Bear Bear Snack iaitu gerai menjual pancake yang dilaporkan mempunyai pertikaian kontrak berjumlah RM74,286.

Anthony juga turut disaman oleh bank kerana gagal membayar hutang pada tahun 2019.

Anthony dan Abby masih mengekalkan hubungan yang rapat antara satu sama lain di mana lelaki ini sering mengatakan yang mereka adalah adik beradik dan banyak berkongsi gambarnya bersama Abby di media sosial.

Sebelum Abby dilaporkan hilang, Andrew dikatakan telah membawa Abby untuk menjemput anak perempuannya dari sekolah.

3. Kwong Kau, 65 (Bapa mertua)

Ex 1 0227237

Pihak polis mengatakan, bapa mertua Abby ini merupakan mastermind dalam rancangan pembunuhan ini serta turut menyewa rumah tempat mayat ditemui.

Kwong merupakan seorang bekas sarjan polis yang telah diberikan anugerah Pingat Perkhidmatan Lama Polis Hong Kong pada 2001. Bagaimanapun, lelaki ini telah meletakkan jawatan pada tahun 2005 selepas didakwa terlibat dalam kes rogol.

Difahamkan, Kwong tak berpuas hati dengan cara Abby mengawal harta kekayaannya. Siasatan awal mendapati, Abby telah merancang untuk menjual rumah mewah yang dibeli dan didaftar menggunakan nama Anthony serta berjanji untuk memberikan rumah yang lain.

Namun begitu, proses menjual rumah bernilai puluhan juta ini tidak dipersetujui oleh Kwong dan telah menyebabkan pergaduhan di antara keluarga ini dengan Abby.

Pihak polis percaya ia juga merupakan motif mendorong mereka untuk melakukan pembunuhan ini.

4. Jenny Li, 63 (Ibu mertua)

Screenshot 2023 02 28 At 12.08.25 Pm

Seperti ahli keluarga yang lain, Jenny juga turut mempunyai masalahnya yang tersendiri. Pada tahun 2017, wanita ini telah diisytihar bankrap.

Walaupun dia tidak terlibat secara langsung dengan pembunuhan menantunya, pihak polis percaya yang Jennie tahu mengenai perancangan keluarganya itu dan telah didakwa dengan kesalahan menghalang pihak polis dari menjalankan siasatan.

5. Ng, 47 (Perempuan simpanan Kwong)

Seorang wanita yang juga merupakan tukang urut turut ditahan oleh pihak polis. Namun begitu, nama penuhnya tidak didedahkan.

Difahamkan, Ng merupakan perempuan simpanan Kwong dan telah pun menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut selama enam bulan.

Dilaporkan, Ng telah tidak hadir ke tempat kerjanya sejak beberapa hari yang lalu. Wanita ini dia dikatakan telah menolong Kwong untuk menyewa rumah tempat mayat ditemui.

20230227 Abby Choi Murder.png

Sekadar info, Abby Choi dikatakan telah diserang di dalam kereta sehingga tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke sebuah rumah. Masa kematian wanita ini masih disiasat kerana kesemua suspek enggan memberikan kerjasama hingga menyukarkan siasatan.

Manakala beberapa bahagian tubuh Abby seperti tangan dan badannya masih belum ditemui.

Sumber: Straits Times, WORLD OF BUZZ

 

Baca: Kronologi Pembunuhan Model Hong Kong Abby Choi, Polis Suspek Bekas Suami & Mertua Terlibat?

Collage 12